Ahad, 1 Julai 2012

Granny square for a special project :)

Seminggu dua ni banyak projek tergendala. Banyak benda nak buat jadi terpaksa korbankan kait mengait buat sementara waktu. next order yang saya kena siapkan adalah beg saiz A4 utk my regular customer, Kak Emi dan jugak headband utk puteri-puterinya utk pakai masa raya nanti.

Sambil-sambil tu mencelah juga buat granny square ni. Sebenarnya forum JK1M kat FB buat satu special project. Salah sorang ahli akan kahwin December ni kalu tak silap so salah sorang ahli came up with this idea. Setiap sorang yang join akan buat 2 keping granny square kemudian pos kan kpd person incharge utk disambung-sambung bagi membentuk satu projek lah, ikut la blanket ke table cloth ke apa ke tengok  banyak mana yg dapat.

Pattern yg digunakan adalah pattern dari purlbee.com dan setiap sorang minima buat 2 keping dan material yang digunakan adalah cotton indon dgn hook size 3.0 mm. Saiz granny square tu mestilah 4" x 4". Saya terlebeih rajin buat 4 keping heeeeee. Syok plak mengait guna benang indon.


Ok, nak pos awal-awal supaya nanti boleh siap projek lain.



2 ulasan:

Jaw @ MyGamanBorNeo berkata...

best jg projek granny square kamu ni :)
saya pun berbaris sudah projek terbengkalai hehehe ... pantang nampak benang baru gerenti mau start projek baru ... projek lama terbiar la pula.

marinahunny berkata...

Sy pun mcm tu jugak linda, projek utk rumah sendiri bnyk tebengkalai.. Kena utamakan order org dulu