Memaparkan catatan dengan label hair clip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hair clip. Papar semua catatan

Rabu, 2 Mei 2012

Hp casing, stokin dan klip rambut

Ni order terkini. Sebenarnya tengah nak siapkan beg utk mak zati tapi kadang-kadang mai rasa boring stop kejap buat order lain. Order kecik2 mcm ni blh la takleh stop lama sangat.

Handphone casing ni utk Irfan, anak jiran yg datang belajar kat rumah malam-malam. Patutnya tak buat lagi tapi asyik tanya bila nak siap. Hai budak2 punya hal kan asyik nak cepat je.


Klip rambut ni plak utk Sarah, adik Irfan. dulu dah beli 5 pcs keronsang, pastu nak klip rambut pulak.

Warna yang dipilih sendiri oleh Sarah.

And lastly order dari Kak Yusarima utk dihadiahkan kepada kawannya. Surprise katanya hehehehe.


Saya tukar bunga pesen lain plak. Bunga ni Nureffa yg bagi pattern. Kalu ada yg minat nak order  utk bagi hadiah saya akan hantar dlm box cantik mcm ni.

Ahad, 25 September 2011

Pink+purple

Salam uolls,


Ini klip rambut order dari kawan satu Diploma dulu. Dia request nak 2 pasang pink and purple combine sekali.






Dh publish kat FB tunjuk dulu kat Ema. Alhamdulillah menepati citarasanya.

Order dari Kak Maslina

Sebenarnya kak maslina adalah pelanggan saya yang kedua. Pelanggan yang pertama adalah kawan yg order alas kabinet tapi sebab Kak Maslina punya yang siap dulu dan kira yang pertama lah.



Saya dan Pakcik Botak  gi hantar sendiri sebaba alang-alang nak ke belah2 KL nun kan. Agak keliru jugak mencari tapi akhirnya jumpa..hehehhee. Comel giler kak maslina ni. Lagi comel tgk live. Sofea dh pakai sepit dh.. :D. Terima kasih Kak Maslina kerana order sepit rambut tu.


Masa trima bayaran tu rasa terharu sgt sbb ini hasil tangan sendiri. saya cium duit tu. Tak banyak pun RM25 je tapi nilai tu sgt besar saya rasa..huhuhuuhu poyosnye..hahahaha

Bunga-bunga :)

Crochet lagi uollss.



Sebahagian klip ni adalah order dr kwn saya Ema dan sebahagian lagi order dr adik saya, mau letak kat kedai katanya.



baru buat untuk 2 cekak, ada lg 5.

5 unit lagi yg tinggal. Ada warna kuning, shocking pink, hitam, oren dan soft pink. Boleh pakai utk raya nanti ;)

Dan ada sesuatu yg istimewa, utk seseorang yg istimewa. 1st time buat ni ;)

 A lovely bookmark. Saya tau seseorang itu suka membaca ;D. Harap2 si dia suka ;)

Otakku sgt tenang bila mengait ;)

Sepit rambut comel utk Along n frens

Sepupu yg tersayang request sepit rambut, nak pakai kat shawl  katanya..








ni headband utk nurin si budak tecit


Harap berpuas hati ye along ;)

Sepit bunga

Ini sepit bunga pertama yang saya buat. Saje suka-suka. Cadanga nak bagi hadiah utk Aqilah anak Kak Siti jiran sebelah :)