Memaparkan catatan dengan label stokin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label stokin. Papar semua catatan

Selasa, 6 November 2012

Update!

Lama saya tak update kat sini. Blog satu lagi pun sama, bukan apa photobucket buat hal tak leh upload gambar adusss.. Apapun ni hasil crochet seminggu dua ni.

Sekarang ni tgh work in progress shawltapi terpaksa stop sebab tak cukup benang! Adoyai ingat dah cukup dua ketul sebab besar rupanya tak cukup sebab shawl tu memang besar. so benang kena tunggu end of Nov baru ada stok hmmm Kak Emi harap bersabar ye :D


Ni kopiah 3 beranak order dari kakak ipar saya. Ni guna benang unicorn beli dgn Juliana Yap.



Stokin utk Along sepupu saya.


Baby beanie utk Nurin, adik Along.


Beg mekap order dr Gee.

Happy crocheting :D

Ahad, 13 Mei 2012

Hadiah Hari Ibu

Aalhamdulillah, beg 2 compartment yg baru siap tu ada pulak 2 orang nak order sama macam tu. Aiyoo mampu ke buat nih, insyaallah. Moga berjaya untuk saya hehehe.

Ok, ni hadiah request dari Qayyum, anak jiran sebelah. 2,3 hari lepas dia sms saya mintak saya kaitkan sesuatu yang special utk hadiah hari ibu kpd mama nya. Dia kata jgn bagitau adik dia si Nabil tu hahahaha. Saya cadangkan sepasang keronsang ataupun stokin.Petang masa mama dia pi hantar adik dia tusyen, Qayyum senyap-senyap mai umah saya. Dia nak kedua-duanya, stokin dan keronsang.

Pastu tanya berapa? Saya tanya dia Qayyum ada duit tak? Tak payah bayar lagi pun takpe. Dia kata ada, dia dah kumpul. Saya biasa ambik stokin tu RM25 dan keatas kalu size lagi besar, tapi tak sampai hati plak nak ambik harga tu. Saya bagitau RM10 je utk stokin dan keronsang RM5. Dia pun kuarkan duit singgit-singgit dgn 5 inggit yg dia kumpul hehehe, dia kata dia bayar RM10 dulu nanti bagi lagi 5 inggit tu. Saya kata takpe lah bila-bila pun.

Aduyai , x sampai hati plak kan nak ambik duit tapi dia berkeras jugak. Budak Qayyum ni sangat gentleman tau. Ucapan terima kasih dan maaf tak lekang dari mulut dia, padahal baru darjah 6.



Siap bungkus cantik-cantik. Nasib baik ada kotak lagi. Riben tu recycle punya tapi elok lagi .

Jumaat, 20 April 2012

Terima kasih kak Permata Sari

Ari tu akak Permata Sari order stokin. Dah sampai dah pun. Alhamdulillah ngam ngam . susah jg nk exjas saiz ni maklumle rumah saya ada saiz 7/8 je. Kira sesaiz dgn kak Permata Sari la.

Boleh baca coretan Kak Sari di blog beliau ~ Alam Sari.

Dan Kak Sari telah order sepasang lagi utk dihadiahkan pd kawan nya. Ngeeee suka lah, terima kasih kak :D