Memaparkan catatan dengan label slippers. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label slippers. Papar semua catatan

Rabu, 2 Mei 2012

Hp casing, stokin dan klip rambut

Ni order terkini. Sebenarnya tengah nak siapkan beg utk mak zati tapi kadang-kadang mai rasa boring stop kejap buat order lain. Order kecik2 mcm ni blh la takleh stop lama sangat.

Handphone casing ni utk Irfan, anak jiran yg datang belajar kat rumah malam-malam. Patutnya tak buat lagi tapi asyik tanya bila nak siap. Hai budak2 punya hal kan asyik nak cepat je.


Klip rambut ni plak utk Sarah, adik Irfan. dulu dah beli 5 pcs keronsang, pastu nak klip rambut pulak.

Warna yang dipilih sendiri oleh Sarah.

And lastly order dari Kak Yusarima utk dihadiahkan kepada kawannya. Surprise katanya hehehehe.


Saya tukar bunga pesen lain plak. Bunga ni Nureffa yg bagi pattern. Kalu ada yg minat nak order  utk bagi hadiah saya akan hantar dlm box cantik mcm ni.

Jumaat, 20 April 2012

Terima kasih kak Permata Sari

Ari tu akak Permata Sari order stokin. Dah sampai dah pun. Alhamdulillah ngam ngam . susah jg nk exjas saiz ni maklumle rumah saya ada saiz 7/8 je. Kira sesaiz dgn kak Permata Sari la.

Boleh baca coretan Kak Sari di blog beliau ~ Alam Sari.

Dan Kak Sari telah order sepasang lagi utk dihadiahkan pd kawan nya. Ngeeee suka lah, terima kasih kak :D

Jumaat, 6 April 2012

Beg, stokin, dan baby booties

Ada 3 projek yang baru siap. Beg cerut dari Kak Emi, stokin dari Kak Yusarima dan baby booties. baby booties ni nak bagi kat kwn tapi mcm tak brp jadi lah. Macam besar sebelah.






Kena praktis lagi ni buat booties.

Jumaat, 27 Januari 2012

Cute slippers :)

tempahan slippers ni masa akhir tahun lepas tapi tak ingat sebab banyak ujian yg berlaku pd tahun lepas sampai lupa tempahan. tapi nasib baik orang yang menempahnya takde hal, hehehe. Ampun ye Adda :)

Adda request nak warna merah macam yang pernah saya buat dulu. Tapi malangnya warna merah tinggal seketul je, hmm memang tak cukup. Kalu buat pun dapat sepasang sebelah je, tak ke haru nanti hahaha.

Tinggal warna pink dan hitam. Benang ni sebenarnya brand lana beli dengan Pinky Pinkle. Material dia agak besar dari benang biasa.

 ni lah benang Lana. Macam nama orang kan hehehe.



Adda ni kecik je orangnya. Saya biasa buat guna jarum saiz 5 tapi utk Adda saya guna saiz 3.5 sebab dia nak size 4. Saya tak tau nak refer mana sebab ahli keluarga saya semua kaki panjang-panjang hahaha. Kalu kat rumah mak saya paling kecik pun saiz 6.

Kait swirl rose letak kat tepi. Tutorial untuk slippers dan bunga ni saya ambik kat blog ZoomYummy. Credit to the blog.

Insyaallah ada masa saya buat tutorial bunga ni. tadi dapat email bertanyakan pasal tutorial untuk uncang telur. Hmmm kena buat juga ni :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Rabu, 23 November 2011

Crochet slippers

My 1st ever slippers crochet by me..

Waaah syiok sgt dh jumpa pattern slippers ni. Hajatnya nak cari pattern stokin tp susah plak nak2 tang tumit tu. Pastu jumpa jg pattern slippers ni tp buat2 tak jadi. Gugel punya gugel jumpa lah pattern slippers ni kat blog Petra. Thanks to her ;)

Kait punya kait akhirnya siap lah.





Comel sgt! Ni buat guna benang Luna. Benang nya kasar skit. Tapi a bit slippery. Ok lah wat basahan kat rumah :)