Jumaat, 27 Januari 2012

Cute slippers :)

tempahan slippers ni masa akhir tahun lepas tapi tak ingat sebab banyak ujian yg berlaku pd tahun lepas sampai lupa tempahan. tapi nasib baik orang yang menempahnya takde hal, hehehe. Ampun ye Adda :)

Adda request nak warna merah macam yang pernah saya buat dulu. Tapi malangnya warna merah tinggal seketul je, hmm memang tak cukup. Kalu buat pun dapat sepasang sebelah je, tak ke haru nanti hahaha.

Tinggal warna pink dan hitam. Benang ni sebenarnya brand lana beli dengan Pinky Pinkle. Material dia agak besar dari benang biasa.

 ni lah benang Lana. Macam nama orang kan hehehe.



Adda ni kecik je orangnya. Saya biasa buat guna jarum saiz 5 tapi utk Adda saya guna saiz 3.5 sebab dia nak size 4. Saya tak tau nak refer mana sebab ahli keluarga saya semua kaki panjang-panjang hahaha. Kalu kat rumah mak saya paling kecik pun saiz 6.

Kait swirl rose letak kat tepi. Tutorial untuk slippers dan bunga ni saya ambik kat blog ZoomYummy. Credit to the blog.

Insyaallah ada masa saya buat tutorial bunga ni. tadi dapat email bertanyakan pasal tutorial untuk uncang telur. Hmmm kena buat juga ni :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

1 ulasan:

TomYaM bAsi berkata...

salam .. berapa harga selipar ni.. comel lah ...kalau nak tempah macam mane yer? emel sy mar8912@yahoo.com