Memaparkan catatan dengan label phone casing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label phone casing. Papar semua catatan

Rabu, 3 Oktober 2012

Hijau pink

Ni order dari kawan sayaDiha. Nak pencil case kaler hijau+pink. Patutnya lepas raya haji saya buat tapi sebab alang-alang nak hantar barang CikLi kawan satu pejabat Diha, saya buatkan sekali lah Diha punya.




Wrna hijau tu guna benang import apa nama ntah merino kut lama dah beli tinggal seketul je. Best sangat, lembut je. Lining kaler purple, kira aci lah ek :P


Ni handphone pouch cikli. 2 lapis sebenanrnya ni utk muat 2 biji telefon :D

Perasan tak saya letak watermark. Ni watermark utk  blog satu lagi, sementara nak buat yg baru kita guna yg ni dulu. Malas sbnrnya nak letak watermark ni tp risau jugak kan takut orang ambik gambar kita.

Khamis, 14 Jun 2012

Benang baru :)

Beli benang lagi !! sebenanrnya nk puasa jg beli benang ni tapi kaler benang yg customer nak dah abis so kena beli baru le. Saya ada beli benang import dgn Ayza dari Turki dgn postage hanya RM 10 tapi akan sampai pertengahan July nanti. Postage murah tu bukan apa sebab Ayza nk hantar barang 1 kargo ke Malaysia so kos postage hanya dr Malaysia la bukan dari Turki. Heee sukaaaaa !


Kaler ni coklat saya tak pernah beli lg tapi beli sebab customer nak beg kaler coklat. Purple dan hijau lumut tu ada tp seketul je saje beli tp brand minlon. Yg biru ni kira wajib ada, stok biru saya dulu adalah dr Sakura tp dh tggal seketul je. Semua ni kawan crochet JK1M Lia yg tolong belikan. Dia duk Puchong so ni beli kat Sek 18 katanya.


Ni plak love order dari Sarah, belakang semua taruk pin. 


Ni plak utk adik bongsu saya dah lama mintak sy buatkan. Takyah letak bunga la psl budak laki hahahaha.


Khamis, 10 Mei 2012

Purple pink handphone casing

Ni order dari Noraliza. Dia ni dulu satu bangunan keja dgn saya masa saya keja dulu tapi tak pernah terserempak hehehehe. Dan tak pernah jumpa face to face. Berkawan melalui fb tapi mcm kenal lama hehehee. teknologi oh teknologi.



Liza request nak letak telepon 2 bijik, so saya buat tebal skit dari biasa. Pastu nak tepek love, takmo bunga hehehe ok beres. Pattern love tu saya ambik dari PlanetJune. Credit to her blog. kawan2, sila lah credit kpd blog yg berkaitan kalu kita ambik pattern ye, orang berbudi kita berbahasa kan biaralah dia tak baca pun blog kita.

Saya buat tengahari tadi, kul 11.30 pm baru siap sepenuhnya, hahaha lambatnye haku mengait. Bukan buat non stop ye, berenti masak megi utk PB pun ye hahahaa pastu solat, mandi semua hahahaha. Ni kalu rajin memang 1 hari siap, kalu malas mau makan 2,3 hari jugak.

Harap Noraliza suka la ye......

Rabu, 2 Mei 2012

Hp casing, stokin dan klip rambut

Ni order terkini. Sebenarnya tengah nak siapkan beg utk mak zati tapi kadang-kadang mai rasa boring stop kejap buat order lain. Order kecik2 mcm ni blh la takleh stop lama sangat.

Handphone casing ni utk Irfan, anak jiran yg datang belajar kat rumah malam-malam. Patutnya tak buat lagi tapi asyik tanya bila nak siap. Hai budak2 punya hal kan asyik nak cepat je.


Klip rambut ni plak utk Sarah, adik Irfan. dulu dah beli 5 pcs keronsang, pastu nak klip rambut pulak.

Warna yang dipilih sendiri oleh Sarah.

And lastly order dari Kak Yusarima utk dihadiahkan kepada kawannya. Surprise katanya hehehehe.


Saya tukar bunga pesen lain plak. Bunga ni Nureffa yg bagi pattern. Kalu ada yg minat nak order  utk bagi hadiah saya akan hantar dlm box cantik mcm ni.

Isnin, 23 April 2012

Handphone casing

Hnadphone casing ke ke handphone pouch? Sama je kut. Ni order dari offficemate Pakcik Botak. Dia nak satu je tapi ari tu saya ada post satu yg belum siap, dia kata berkenan. So alang-alang saya buat la dua, nanti Pb bawak gi opis suruh dia pilih la yang mana nak. Saya jual ni  RM 15. Ok lah kan.



 Yg bawah ni 1st time buat pesen gini. Tak la susah mana cuma banyak step terlibat. Kena buat dulu bahagian badan pastu cantumkan. Saya lebih suka buat yang atas.