Selasa, 29 Mei 2012

Kopiah

Sebenarnya saya dah lama buat kopiah ni tapi dulu punya pattern suka ati, kadang-kadang tak jadi. Semua saya pakai hdc. Sekarang ni nk buat guna dc pulak.  Pastu ada yg request nak ada nama. Adoyaiii mcm susah je. Nasib baik amani buat tutorial camne nak buat kopiah ada nama. Hehehee senang je rupanya. Boleh tengok  kat tutorial amani ni ye. Terima kasih ye amani.

Ni yang saya buat. Testing dulu ye. Ada customer order 2 bijik, satu nama Amsyar, satu lagi nama Rizqi. Saya testing nama Amsyar dulu. Ni main hentam je ni tu yang jarak jauh skit anatara hurup pasal tak tau nak agak berapa banyak dc utk jarak hahaha.



Rasanya saya puas hati cuma tak tahu nak agak berapa round untuk dapat size yang ideal utk bayu. Lebar dah ada cuma berapa round untuk ketinggina. Mami Noor kata 14-15 round utk bayi dan kanak-kanak. 

Jumaat, 25 Mei 2012

Khamis, 24 Mei 2012

Stok untuk kedai

Sebbenarnya opismate PB yg mintak saya buatkan barang-barang crochet ni utk letak kat kedai dia. Dia ada kedai jual barang2 baby. Setakat ni saya buat sikit dulu, bagi dulu kat dia pastu buat lagi.

Utk 1st batch, ini je yg saya buat. next  batch tambah lagi kuantiti nye.

headband


Baby hat. Saya lambat la kalu mengait baby hat ni, sbb confuse dekat tapak atas tu nak agak size kan, mulalah 2,3 kali tarik benang ahahaha.


Pacifier clips ni dicadangkan oleh Syida sendiri. Dia tengok kat mana ntah memang comel lah. Dia bagi saya pacifier tu pastu saya buat kan tali dan cari klip. Masalahnya nak mencari klip tu adoyaiii, ari tu tengok anak Farah guna pacifier clip ni, saya tanya dia beli mana dan harga. Harganya dia bgtau RM26. Mak aiiii mahai nk mam hahahaha. Cari punya cari tak jumpa, last2 ingt nk guna pin keronsang je tp mcm bahaya takut terbuka kena baby plak.

Pastu ari tu gi Kuantan, jalan2 kat ECM kalu x silap, jumpa kedai buku yg agak tersorok. Saya memang pantang nampak kedai buku, niatnya nk carik lah novel yg best2 barang seketul dua. round punya round terjumpa la klip kertas yg comel-comel  nih, dan harga pun murah je. Terus sambar banyak2 hahaha padahal puting syida bagi 5 je. Ok lah sesuai jugak kan.


Headband ni asalnya saya buat utk hadiah kat kwn saya tapi tak tau bila nak gi, so  mlm td ada yg tanya ada stok lg tak headband tu? Dia nak ari ni dan kebetulan ada yg ni saya tunjuk dan dia terus setuju.

Misi seterusnya ada lah mencari tali cotton cord mcm Walai Krusye buat beg tu. Dh pegi satu kedai tadi dia kata xde, nk round kedai lain sesak plak jalan, parking pun hazab yg amat. So next time lah.

Ahad, 20 Mei 2012

Hadiah

Ni beberapa ketul barang kait ni sebenarnya saya nak bagi hadiah kat seseorang. Hmmmm sape ye hehehehe. Tengah gile kait bunga rose comel nih. Comel sgt kalu wat keronsang.

 cekak bunga rose, sepasang keronsang dan 2 pasang klip rambut



Comel tak comel tak? hehehehe


New hook :)

Lama tak shopping  barang kait lain selain benang hahaha. Ala shopping jarum je. Ni saya beli dengan Pinky Pinkle Shop kat FB dia. Masa beli ni ada offer RM30/set compare harga asal RM34/set.

Baru je sampai ni, jenuh duk tunggu posmen mai hahahhaa.


cea cea ceay comel je hehehehehe.

Ada saiz 4.0mm, 4.5mm, 5.0mm, 6.0mm, 7.0 mm. Nak  buat apa ye guna hook saiz besar ni? hmmm nanti lah kita pikir ye hahahaha. lagipun buleh wat koleksi hehehe.

Khamis, 17 Mei 2012

UK vs US crochet abbreviation

Biasanya kita crocheters di Malaysia banyak guna term in US. Tapi banyak jugak pattern dari UK. Salah satu blog dari UK yg saya suka sangat adalah Attic 24. Mula-mula dulu keliru juga tapi cari punya cari rupanya US dan UK berbeza.

Baru ni dia adalah letak pattern bunga rose. Nak tak nak kena gugel dulu kang keliru hehehehe. Crochet abbreviation ni saya dapat dari blog Siona Karen. Credit to her.
Kena hapal nih hehehe.

Rabu, 16 Mei 2012

Love and rose

Saya suka kait bunga rose. Baru ni terjumpa pattern cute and simple rose dari blog Attic. Boleh klik je. Simple dan sekejap je buat nya.

Love plak dari blog PlanetJune. Thanks to her. Kamu patut cuba, senang je.




kecik saje rose ni.


Budak2 suka la love  ni hehehe

Selasa, 15 Mei 2012

100 pcs flower

Sebenarnya tak sampai 100 pun lagi. Ada 20 pcs lagi. Huhuhu rasa muak duk buat ni jd stop kejap selang seli buat projek lain. Saya akan pos 50 pcs utk Along esok, lagi 50 pcs utk Nabil dan Qayyum nak jual kat sekolah. Dah dapat pelanggan katanya. Kalu ikutkan malas jugak nak layan tapi sian jugak budak2 ni kan, tiap2 malam duk tanya bila nak siap.




 Ada yang dah masuk plastik. Yang belum masuk palstik tu sebab plastik dah abis, petang ni baru nak gi beli.


Puff flower, syok plak buat bunga ni hahahaha.


 Love love love, baki 20 saya buat love je kut, bosan dah kait bunga. 

Ahad, 13 Mei 2012

Hadiah Hari Ibu

Aalhamdulillah, beg 2 compartment yg baru siap tu ada pulak 2 orang nak order sama macam tu. Aiyoo mampu ke buat nih, insyaallah. Moga berjaya untuk saya hehehe.

Ok, ni hadiah request dari Qayyum, anak jiran sebelah. 2,3 hari lepas dia sms saya mintak saya kaitkan sesuatu yang special utk hadiah hari ibu kpd mama nya. Dia kata jgn bagitau adik dia si Nabil tu hahahaha. Saya cadangkan sepasang keronsang ataupun stokin.Petang masa mama dia pi hantar adik dia tusyen, Qayyum senyap-senyap mai umah saya. Dia nak kedua-duanya, stokin dan keronsang.

Pastu tanya berapa? Saya tanya dia Qayyum ada duit tak? Tak payah bayar lagi pun takpe. Dia kata ada, dia dah kumpul. Saya biasa ambik stokin tu RM25 dan keatas kalu size lagi besar, tapi tak sampai hati plak nak ambik harga tu. Saya bagitau RM10 je utk stokin dan keronsang RM5. Dia pun kuarkan duit singgit-singgit dgn 5 inggit yg dia kumpul hehehe, dia kata dia bayar RM10 dulu nanti bagi lagi 5 inggit tu. Saya kata takpe lah bila-bila pun.

Aduyai , x sampai hati plak kan nak ambik duit tapi dia berkeras jugak. Budak Qayyum ni sangat gentleman tau. Ucapan terima kasih dan maaf tak lekang dari mulut dia, padahal baru darjah 6.



Siap bungkus cantik-cantik. Nasib baik ada kotak lagi. Riben tu recycle punya tapi elok lagi .

Beg dah siap

Waaaaaa akhirnya dah siap beg ni. Ni 1st time saya buat beg yang agak besar siap dgn lining. Memandangkan beg ni 2 lapis, keja-keja melining (betul ke melining) hahaha agak susah sbb beg tak besar sangat hanya 8 inci x 8 inci. Sempit pulak tu, jadi saya lining dgn cara saya sendiri. Tak tau lah mak kawan saya suka ke tak, harap-harap ok la sbb lining tak berapa cantik.

Zip alhamdulillah boleh pasang cuma dekat penjuru tu susah skit tp sebab jahit tangan boleh exjas la, kalu guna mesin susah skit kut sebab sempit kan.


Tali panjang mcm sling bag.



Ada 2 compartment

zip

siap packing utk di hantar kepada zati.

Khamis, 10 Mei 2012

Purple pink handphone casing

Ni order dari Noraliza. Dia ni dulu satu bangunan keja dgn saya masa saya keja dulu tapi tak pernah terserempak hehehehe. Dan tak pernah jumpa face to face. Berkawan melalui fb tapi mcm kenal lama hehehee. teknologi oh teknologi.



Liza request nak letak telepon 2 bijik, so saya buat tebal skit dari biasa. Pastu nak tepek love, takmo bunga hehehe ok beres. Pattern love tu saya ambik dari PlanetJune. Credit to her blog. kawan2, sila lah credit kpd blog yg berkaitan kalu kita ambik pattern ye, orang berbudi kita berbahasa kan biaralah dia tak baca pun blog kita.

Saya buat tengahari tadi, kul 11.30 pm baru siap sepenuhnya, hahaha lambatnye haku mengait. Bukan buat non stop ye, berenti masak megi utk PB pun ye hahahaa pastu solat, mandi semua hahahaha. Ni kalu rajin memang 1 hari siap, kalu malas mau makan 2,3 hari jugak.

Harap Noraliza suka la ye......

Rabu, 9 Mei 2012

Bunga oh bunga

Saya target nak kait bunga untuk buat keronsang sebanyak 50 pcs. Saya tak kait bunga ni sepenuh masa maksudnya kalu boring buat projek lain, saya akan stop dan rehatkan dgn kait bunga-bunga ni. Dalam kereta masa nak gi Kuantan pun sempat kait.

Balik rumah kumpul semua rupanya dah lebih 50 dah. Ada 68 pcs kalu tak silap. So alang-alang saya nak siapkan 100 pcs la. Ni semua akan jadi keronsang nanti pastu separuh saya akan pos kpd sepupu di Kemaman, dia nak jual kat sekolah. Dan separuh lagi utk anak jiran rumah sebelah yg dtg belajar umah saya malam-malam.

Baru darjah 4 tapi dah ligat berniaga. Mak dia pun bgitau dia rela x makan asal ada duit banyak, hahaha. Tiap-tiap malam tanya dia punya siap tak lagi. Tension aku hahahaha.


Ada bunga 5 kelopak, 6 kelopak, 7 kelopak pun ada. Banyak puff stitch flower ni. Saya baru bljr terus syok buat hahaha. Nanti masa nk tepek2 tu leceh tu masa kait ni suka lah, time nak kemaskan benang tu yg paling malas hahahaa.

Nanti dh siap kita update lagi ye.

Selasa, 8 Mei 2012

Progress bag

Sebenarnya saya tgh susah hati sebab ada mak kawam tempah beh ikut pattern yg dia bagi. Tapi kalu ikut pattern asalnye dia nak beg 2 tingkat. Ayo pening pikir camne mau buat. Dahlah 1st time buat beg besar. Runding punya runding dgn bantuan wina, akhirnya dipersetujui buat  beg 2 lapis.

Nak letak purse dgn handphone je utk gi keja. Request warna merah dan hijau lumut.Mak kawan saya ni keja Air Asia, customer service rasanya. Oleh sebab wina nak tgk sangat, ni update sikit progress.


Saya buat 3 keping pastu sambung mcm buat handphone casing tu cuma ni versi besar skit dan 2 lapis. Nak sambung ni pun satu hal, dah sambung sekali tersenget pulak, adoyaiiii. Tension buat stop kejap buat benda lain. Kait bunga ke. Pastu malam tadi start tarik balik benang hijau yg nak sambung jadi 2 lapis tu, Buat slow-slow last2 jadi lah. LEGAAAAA sgt.


Ni rupa dalam nya, 2 lapis. Lining nya saya jahit dulu sebelum beg disambung. Memang banyak sangat benda kena buat. Stress pun ada. Waaa pas ni kena jahit zip. ni pun satu hal jugak, tak pernah saya jahit zip ni. Ayo yo kena kuatkan semangat ni hahahaha.


Ween, ni jahitan aku, depan dia mcm jahit mesin tp senget benget. Belakang dia pun ala2 mesin jahit tapi tak secantik mesin jahit. Ni kalu tak silap jahitan kia namanya. Masa tingkatan 3 dulu belajar hahaha.


Yang tepi tu pun jahit lining satu satu . Pas ni nak cari zip dengan buat penutup pastu buat tali. Harap-harap dapat siap dalam minggu ni, insyaallah.

Khamis, 3 Mei 2012

Bertukaarrrr!!

Wajah baru, blog lama. haahahahaa comeinye blog aku.  Hahahaha aci lah ye puji blog sendiri. Ni semua hasil keja wina. Hahahaha tq ween, aku suuukaaaaaaa!!!!!

Nak harapkan sendiri buat mintak mahap la ye, tak reti hahahahahahaa.

Rabu, 2 Mei 2012

Hp casing, stokin dan klip rambut

Ni order terkini. Sebenarnya tengah nak siapkan beg utk mak zati tapi kadang-kadang mai rasa boring stop kejap buat order lain. Order kecik2 mcm ni blh la takleh stop lama sangat.

Handphone casing ni utk Irfan, anak jiran yg datang belajar kat rumah malam-malam. Patutnya tak buat lagi tapi asyik tanya bila nak siap. Hai budak2 punya hal kan asyik nak cepat je.


Klip rambut ni plak utk Sarah, adik Irfan. dulu dah beli 5 pcs keronsang, pastu nak klip rambut pulak.

Warna yang dipilih sendiri oleh Sarah.

And lastly order dari Kak Yusarima utk dihadiahkan kepada kawannya. Surprise katanya hehehehe.


Saya tukar bunga pesen lain plak. Bunga ni Nureffa yg bagi pattern. Kalu ada yg minat nak order  utk bagi hadiah saya akan hantar dlm box cantik mcm ni.