Rabu, 9 Mei 2012

Bunga oh bunga

Saya target nak kait bunga untuk buat keronsang sebanyak 50 pcs. Saya tak kait bunga ni sepenuh masa maksudnya kalu boring buat projek lain, saya akan stop dan rehatkan dgn kait bunga-bunga ni. Dalam kereta masa nak gi Kuantan pun sempat kait.

Balik rumah kumpul semua rupanya dah lebih 50 dah. Ada 68 pcs kalu tak silap. So alang-alang saya nak siapkan 100 pcs la. Ni semua akan jadi keronsang nanti pastu separuh saya akan pos kpd sepupu di Kemaman, dia nak jual kat sekolah. Dan separuh lagi utk anak jiran rumah sebelah yg dtg belajar umah saya malam-malam.

Baru darjah 4 tapi dah ligat berniaga. Mak dia pun bgitau dia rela x makan asal ada duit banyak, hahaha. Tiap-tiap malam tanya dia punya siap tak lagi. Tension aku hahahaha.


Ada bunga 5 kelopak, 6 kelopak, 7 kelopak pun ada. Banyak puff stitch flower ni. Saya baru bljr terus syok buat hahaha. Nanti masa nk tepek2 tu leceh tu masa kait ni suka lah, time nak kemaskan benang tu yg paling malas hahahaa.

Nanti dh siap kita update lagi ye.

4 ulasan:

this is madness berkata...

betulllllll !!! ngait bes, time nak letak pin pastu nak jait benang tu ya ALlahh malasnya aku tuhan je yg tau ahahahahah

marinahunny berkata...

ye tau tak pe hahahahahaha.

Jaw @ MyGamanBorNeo berkata...

wah ... hebat ni, dalam kereta pun sempat mengait hehehe ... tidak pening ka?

marinahunny berkata...

hahaha dulu2 pening jugak , membaca pun x boleh tp bila dh slalu buat jd ok, tp x boleh lama sgt. kena sekejap2 je, kalu tak pening jg, mengait ala kadar je