Selasa, 31 Julai 2012

Kopiah kelabu

Harap maklum le, bulan puasa ni banyak entry pasal kopiah je, hahahaha. Ini koiah order dari sepupu saya untuk anak abg iparnya. Hampir-hampir terlupa order ni tapi dah tulis dah cuma terlepas pasndang pasal tunggu benang kelabu sampai.



Selamat berbuka :D

Cekak ros lagi utk puteri 3 beradik :D

Ari tu kak emi dah order headband ros utk anak2 nya. Sekali bila saya post gambar cekak yg kwn order kat fb dia nak tambah lagi. Si puteri baby tu berkenan plak, hmm baby mia suka bergaya :)



:D


Isnin, 30 Julai 2012

My new label :D

Dah lama plan nak buat label ni. Ye lah kan, kalu hantar barang ke customer macam tak menarik sangat packaging tu. Kena lah berkorban sikit kan untuk promotion ni. Label ni saya buat dengan kawan saya jugak dia ada kedai design. Thanks to I-Design. Tapi kan, lepas siap tu baru perasan lupa nak letak contact number dgn blog semua, adoyaiii! Hahha xpe lah, ni saya mintak dia print 50 pcs je nak test. Nanti next baiki balik :D



Comel tak comel tak? hehehee


Ahad, 29 Julai 2012

Kopiah hitam putih

Kopiah ni order dari ex-opismate PB. 5 pcs berlainan saiz.



Dah siap packing. Itu label baru ai. huhuhu next entry ok :D


Benang baru lagi - Anchor Cotton Thread

Hari tu beli benang halus ni. Entah kenapa berkenan sangat sebab kaler putih pastu sebab cotton kan, for sure memang best nih. Cadang nak buat table runner pattern dari walai krusye. Benang ni pun beli dari Linda dari Walai Krusye.



Comel, putih bersih :D

Khamis, 26 Julai 2012

Benang baruuuuu :)

Alhamdulillah dah sampai. Suka suka suka! Saya hampir terlupa yang saya beli benang ni hampir sebulan yang lalu. Semua ni benang import saya beli dengan Mengait.com. Ari tu Pn Ayza buat offer kos penghantaran dari Malaysia bukan dr Turki sebab beliau nak hntar sebuah kargo so tumpangkan benang tu sekali jadi pos dari Malaysia je. Comellll sangatt!! geram gebu je.



Ya Allah comel sangat benang ni, gebuuuu!


Eh, ada free gift :D . Syukurlah, tasbih saya tertinggal kat umah mertua, dapat pulak  tasbih baru :)


Besar gile bennag ni compare dengan benang local. masa tengok dalam gambar masa beli ari tu tak bajet pun besar macam gini, Dua2 ni benang utk baby.


Oh, ni plak rayon netherlands. Beli dengan sis Lily Wong.  Buat alas meja cantik ni :D

Sebenanrnya tengah tunggu benang nona utk buat kopiah ni tapi benang lain plak yang sampai. Lambat pulak sampai adoiii.

Selasa, 24 Julai 2012

Cekak ros :)

Ni cekak bunga ros order dari kawan kepada kawan saya hahahaa. 



Selamat berbuka uolls :)


Newborn set

Sekarang ni duk pulun siapkan tempahan kopiah, bulan puasa kopiah lah yang paling laku hehehe. Tengah-tengah buat boleh pulak benang habis. Rasanya hari ni sampai benang, tunggu encik posmen la kita. Sementara tunggu benang sampai saya buat kan satu topi utk baby boy. Booties dah buat ari tu saje je lah buat kan. Pastu dapat tau kawan PB baru dapat anak setelah 7 tahun menanti. Hmm best nyeee. so cadangnya saya nak bagi boties lah pastu buat topi sebijik kasi cukup satu set.

Pattern booties ni bioleh pakai boy or girl cuma tukar kaler je lah, takpun kalu nak nampak gegirl lagi boleh tambah bunga.



: )


Isnin, 23 Julai 2012

Crochet briefcase

Hehehehe briefcase le sangat hahahaha. Sebenarnya Jumaat tu saya dan PB valik kampung pastu sebelum tu pi Popular jap saje la nak jalan-jalan. Terbeli la novel sebijik hahahaha, pantang betol kalu masuk bookstore kuar tak  beli buku hahahaha.

Pastu jalan punya jalan punya jalan terjumpa la briefcase nih. Hahahaha comel lak, tinggg!! idea sudah mari, boleh letak benang dgn alat mengait ni. Senang kalu nak travel. Niat di hati nak buat satu beg utk letak barang-barang crochet ni tapi tak terbuat lagi projek utk diri sendiri. Nak concentrate tempahan orang dulu, tak siap kang mau nangis tak berlagu hahahaha.



Murah je briefcase ni RM 6.90. Saya cari jugak warna lain, tp xde plak ini satu je yang ada hahaha. Boleh lah hahhaa




Sabtu, 21 Julai 2012

Ramadhan datang lagi :-)

Assalamualaikum dan salam ramadhan utk kawan2 blog ku.

Dah masuk ramadhan dah, begitu pantas masa berlalu. Saya ingat pesanan seorang ustaz, jangan lah kita leka dengan masa yang berlalu hinggakan tak sedar masa itu pergi begitu saja tanpa di penuhi dengan amalan-amalan yg boleh dijadikan bekalan di sana nanti. Aku tak kata orang, aku sendiri pun kadang2 tak sedar tapi kita saling mengingati.

Sempena bulan Ramadhan ni, aku dan Pakcik Botak nak ucapkan selamat berpuasa kepada sape-sape saje yg baca blog ni, mohon ampun dan maaf andai ada coretan yg mengguris hati, semoga kita kita dapat meningkatkan lagi amalan kita utk sama2 merebut ganjaran pahala di bulan mulia ini.

Tahun ni memulakan puasa di rumah mertua. Tahun ke 5 berpuasa berdua. Moga2 tahun dpn kami dapat berpuasa bertiga, insyaallah.

Rabu, 18 Julai 2012

Headband untuk puteri :)

Alhamdulillah dah siap headband untuk puteri 3 beradik ni. Kaler hedband ni adalah mengikut baju raya yang dah di post kan gambar kat FB oleh ibu mereka hehehe. Ok, headband ni utk anak-anak Kak Emi. Beliau bagi kebebasan untuk saya buat pesen yang mcm mana pun asalkan cantik hehehe.



Maka timbullah idea buat bunga ros 3 kuntum yg bermaksud 3 org adik beradik perempuan :). So sweet la dorang ni. Ni nak pakai dengan baju raya kebaya nyonya ni :). Tahun ni kali ke 2 berturut-turut Kak Emi tempah headband utk pakai raya, alhamdulillah.

Ok, esok boleh pos sekali dengan beg ibu nya :)


Selasa, 17 Julai 2012

Kopiah Boy & Rayyan

Ni kopiah order dari sepupu saya Yani untuk anak-anaknya.  Asalnya kopiah utk Boy nak siap dulu dan Rayyan punya bulan puasa nanti tapi dah alang-alang buat baik buat sekali harung utk dua2. Tulisan nama tu tak berapa nak mahir sangat dia punya diagram tu tapi boleh lah, makin lama nanti improve insyaallah.



Lenguh juga tangan buat kopiah ni tapi  bila dah siap puas hati :D

Sepertimana perancangan, minggu ni start buat tempahan utk raya. Ni dah siap sepasang ni hehehe.Nampaknya kena kurangkan online waktu siang, kalu tak nanti tak siap pasal kalu dah start buka laptop jgn harap la nak online sekejap je, takde maknanya hahaha memang makan jam jugak. Penyelesaiannya jangan buka laptop pun hehehee.


Ahad, 15 Julai 2012

Beg merah :)

Alhamdulillah dah siap!

Ni beg yg Kak Emi order. Malam tadi siap. Tuan dia tak tengok lagi ni. Dia request nak beg macam mak kawan saya dulu tapi nak tukar bunga kepada love.


Beg ni bersaiz 14" width x 11" height x 2" gusset. Tali 30" inci bersamaan separas pinggang. Tali beg juga di lining bagi menjamin ketahanan.



Lining di bahagian dalam. Saya ingat nak buat extra small pocket kat dalam tapi tak berani buat pasal tak pernah buat takut tak jadi. Insyaallah saya nak try buat nanti. 

Best plak buat beg sekarang ni. Saya punya planning nak buat beg utk diri sendiri tapi tak terbuat. berkenan sangat dgn beg granny square hijau mcm Walai Krusye buat hehehe. Tapi nampaknya kena postpone dulu pasal dh nak start buat tempahan utk raya. Ingt minggu ni boleh start buat kopiah. 


Sabtu, 14 Julai 2012

Crochet books collection

Pagi tadi kemas-kemas almari buku dengan majalah-majalah lama nak susun balik. Susun punya susun rupanya banyak jugak koleksi buku crochet saya ek hahahaa. Suka suka!



Buku Seni mengait tu adalah buku pertama psl mengait yg saya ada. Tapi dulu baca memang tak paham langsung. Hahaha sape yang ada buku ni tau lah kenapa tak paham hahaha. Tapi ok lah membantu jugak skit.


Ini lah almari kesayangan saya. Ni dah siap kemas ni. Kalu belum kemas tadi mau pengsan  tengok hahahaha. Kat tepi tu semua majalah lama. Oh ni juga adalah salah satu hobi saya selain mengait iaitu membaca dan mengumpul novel :) terutama novel seram dan thriller.



Selasa, 10 Julai 2012

Cute baby booties

Assalamualaikum

Sekarang ni tengah duk nak siapkan beg Kak Emi. Beg dah siap, lining pun dh cantum tinggal nak jahit je. Saya nak siapkan tali beg dulu pastu sambung baru buat lining. Sementara buat tu memang confirm saya cepat bosan duk buat beg ni celah-celah test buat booties.

Sebenarnya dah buat ari tu sebelah pastu stop. Booties ni ambik pattern dari buku yang beli dengan Elle. Alhamdulillah boleh ikut. Mula-mula tak paham jugak, pastu bila try buat baru nampak camne jadi nya.




Comel giler baby tu pakai. Oh baru masuk fb tadi dah ada orang nak beli. Alhamdulillah :)

Isnin, 2 Julai 2012

Crochet book

Ari tu dah beli, ni ternampak kwn FB jual rasa aisshh berkenan nyaa. Tak tau lah kenapa saya suka sangat beli buku pasal crochet ni. Tapi saya rasa macam nak buat koleksi hahaha. Comel sangat buku ni. Harga RM79. Sudah semestinya harga tu sbb buku ni import. Naik kapal lorr hahahaha.



Ada 35 pattern baby project. Booties, baby hat, cardigans. Bila mau buat semua nih hahahaha.


Ahad, 1 Julai 2012

Granny square for a special project :)

Seminggu dua ni banyak projek tergendala. Banyak benda nak buat jadi terpaksa korbankan kait mengait buat sementara waktu. next order yang saya kena siapkan adalah beg saiz A4 utk my regular customer, Kak Emi dan jugak headband utk puteri-puterinya utk pakai masa raya nanti.

Sambil-sambil tu mencelah juga buat granny square ni. Sebenarnya forum JK1M kat FB buat satu special project. Salah sorang ahli akan kahwin December ni kalu tak silap so salah sorang ahli came up with this idea. Setiap sorang yang join akan buat 2 keping granny square kemudian pos kan kpd person incharge utk disambung-sambung bagi membentuk satu projek lah, ikut la blanket ke table cloth ke apa ke tengok  banyak mana yg dapat.

Pattern yg digunakan adalah pattern dari purlbee.com dan setiap sorang minima buat 2 keping dan material yang digunakan adalah cotton indon dgn hook size 3.0 mm. Saiz granny square tu mestilah 4" x 4". Saya terlebeih rajin buat 4 keping heeeeee. Syok plak mengait guna benang indon.


Ok, nak pos awal-awal supaya nanti boleh siap projek lain.