Khamis, 24 Mei 2012

Stok untuk kedai

Sebbenarnya opismate PB yg mintak saya buatkan barang-barang crochet ni utk letak kat kedai dia. Dia ada kedai jual barang2 baby. Setakat ni saya buat sikit dulu, bagi dulu kat dia pastu buat lagi.

Utk 1st batch, ini je yg saya buat. next  batch tambah lagi kuantiti nye.

headband


Baby hat. Saya lambat la kalu mengait baby hat ni, sbb confuse dekat tapak atas tu nak agak size kan, mulalah 2,3 kali tarik benang ahahaha.


Pacifier clips ni dicadangkan oleh Syida sendiri. Dia tengok kat mana ntah memang comel lah. Dia bagi saya pacifier tu pastu saya buat kan tali dan cari klip. Masalahnya nak mencari klip tu adoyaiii, ari tu tengok anak Farah guna pacifier clip ni, saya tanya dia beli mana dan harga. Harganya dia bgtau RM26. Mak aiiii mahai nk mam hahahaha. Cari punya cari tak jumpa, last2 ingt nk guna pin keronsang je tp mcm bahaya takut terbuka kena baby plak.

Pastu ari tu gi Kuantan, jalan2 kat ECM kalu x silap, jumpa kedai buku yg agak tersorok. Saya memang pantang nampak kedai buku, niatnya nk carik lah novel yg best2 barang seketul dua. round punya round terjumpa la klip kertas yg comel-comel  nih, dan harga pun murah je. Terus sambar banyak2 hahaha padahal puting syida bagi 5 je. Ok lah sesuai jugak kan.


Headband ni asalnya saya buat utk hadiah kat kwn saya tapi tak tau bila nak gi, so  mlm td ada yg tanya ada stok lg tak headband tu? Dia nak ari ni dan kebetulan ada yg ni saya tunjuk dan dia terus setuju.

Misi seterusnya ada lah mencari tali cotton cord mcm Walai Krusye buat beg tu. Dh pegi satu kedai tadi dia kata xde, nk round kedai lain sesak plak jalan, parking pun hazab yg amat. So next time lah.

1 ulasan:

this is madness berkata...

alaa aku suka sangat idea clip puting tu,,haha, btol kan puting> nyot nyot bahasa aku..itu sangat comel wei, kalau baby girl buat pink...atau ko kait kepala bear kecik2 tu..comel sangat...