Sabtu, 31 Mac 2012

Shopping benang

Hahaha tak delah shopping pun, beli 2 ketul je,  ingat nak test buat table runner ikut pattern kwn JK1M bagi. Hajat dihati nak beli pink 2 ketul, biru 2 ketul tapi biar dulu lah. Kita test buat dulu tengok cukup ke tak. Kalu rasa tak cukup beli lagi.

Harga RM7.20 seketul Ni harga naik masa bulan puasa tahun lepas dari harga asal RM6.60. Banyak gile naik tapi nak buat camne dah itu je satu-satunya kedai yang ada. harap-harap tahun ni tak naik lagi. Kedai ni hanya ada benang bulu minlon saje tapi kalu benang poly halus macam ni Nona dan Minlon.


Sebenanrnya saya suka sangat gabungan warna pink dan biru turqoise mcm ni. Mulanya nak biru yg lagi muda tapi biru ni je ada, kira ok lah. 

Jumaat, 30 Mac 2012

Colorful flowers

Sepupu saya Along yg comel tu dah call 2 kali bagitau nak keronsang bunga-bunga. Saya biasa buat banyak-banyak pastu dia kata nk jual kat kawan-kawan. Yang aritu dah habis lah tu dia call.

Pastu petang Rabu tu suami ajak gi Kemaman sebab ada kursus hari Khamis tu. Since Along duk kat Kemaman saya boleh buat sementara tunggu dia balik sekolah.



Banyak ni je yang termampu buat dari pagi smpai petang. Pastu nak tepek daun lagi, tepek pin lagi hahahaha. nampak senang tapi remeh.

 roses

pointed petal flowers. Saya ingat nk buat tutorial mcm mana nak buat bunga ni. Special utk kwn ku wina yg baru bergiat dlm bidang kait mengakit ni.

Lama sangat tak buat bunga-bunga ni, hampir terlupa hahahahaa.

Keronsang-keronsang ni akan dijual antara harga RM 1.50-RM 3. Saya bukan nak untung sangat sebab budak sekolah kan, saja bagi Along boleh dapat duit poket, Biasa kalu lepas jual dapat duit tu saya bahagi 2 dengan Along. Biar dia suka-suka jual je.

Rabu, 28 Mac 2012

New blog :)

Hi frens,


Do visit my fren's new blog. Hehehhee sebenarnya ni cik kak monas punya. Hehehehehe jgn marah ye ween..




http://ohbegituindah.blogspot.com


Kawan saya ni baru belajar mengait tp kejap je dah terer. Meh kita pakat support dia.

Selasa, 27 Mac 2012

White and red doily

Alhamdulillah, siap jugak akhirnya.



Ini doily pertama yg agak besar yg saya buat. Saya gabungkan warna merah dan putih sebab masa separuh jalan buat rasa bosan plak asyik putih je, tengok dlm kotak adabenang merah seketul dr projek terbengkalai, hahahaha.

Pattern nya saya ambik dr buku yg dipinjam dgn kakak ipar.



Hampir seminggu juga buat baru siap hahhaa. Saya gunakan benang minlon poly dan jarum kait tulip saiz 1.00 mm. 

Ada yg minta nak tempah ? huhuhuhuu

Rabu, 21 Mac 2012

HanaCraftyWorld 1st Giveaway

2,3 hari lepas tengah syok-syok blogwalking tetiba ternampak satu giveaway kat blog Cik Puan Hana ni. Terus excited giler nak join huhuhuhu!

Giveaway ni yg pertama Hana buat dan hadiah sangat lumayaaaannnnnn uollss! #pitam. Hadiahnye adalah satu set jarum kait #pitamlagi#. Hana ni terer tau, mengait jarum satu boleh, mengait jarum dua pun terer. Waaah kagumnye..saya pun teringin nk belajar mengait jarum dua ni tapi yang jarum satu ni pun merangkak-rangkak lagi.

OK, takmo cakap banyak, ni banner untuk giveaway tu. Jangan lupa join ramai-ramai.

Itu lah hadiahnye, lumayan kaaaaannn?

OK, jangan lupa klik sini untuk join giveaway Cik Puan Hana ni ye. Giveaway ni sampai 10/4/2012 tau, cepat-cepat join!

Ahad, 18 Mac 2012

New books, new yarns :)

Selasa-Jumaat lepas saya ada di KL, ikut suami kursus. Since dah ada kat KL ngat nak cari stok benang Nona skit. Sbb kat K.Trg takde kan, so alang-alang dah ada di KL ni boleh intai-intai kat mana kedai. Saya tanya kawan-kawan dkt forum JK1M, di KL ada kat Jalan Kancil off Jalan Pudu, kilang dia situ. Pastu kat Shah Alam pun ada. Saya ingat nak ajak PB g Jalan Pudu tu tapi dia kata takut jem pasak cuti sekolah kan. Hmm betul jg.

So hari Khamis tu dia habis kursus awal so kitorang gerak ke Shah Alam. Kedai tu kat Seksyen 18. KIra main terjah je la psl tak tahu nama kedai.CAri punya cari akhirnya jumpa, tu pun nyaris2 nak balik sebab tak jumpa hahahahaa. Harga RM7.50/peket. Murah lah bagi saya.

Pastu ari tu terbeli plak benang yg Elle jual huhuhuhu. Berkenan sangat hahaha.


Sempat jugak pegi ke KLCC nak g Kinokuniya. Excited sangat sebab banyak giler buku pasal crochet. Masa kat JB itu ari saya round 3,4 biji MPH tapi xde pun. Sedeh sangat. Pilih punya pikih akhirnya saya beli Crochet Encyclopedia. Harga RM 87.80. Telan air liur jap tapi pejam mata je la sebab nak sangat kan. Ni pun beli dengan duit hasil crochet juga. Saya jarang guna duit hasil jualan crochet biasanya simpan kat celah-celah purse buleh guna masa emergency or kalu saya nak beli apa-apa ke hehehhee.

Pastu otw balik Trg singgah umah abg ipar, Abg Aziz di Kuantan. Saya tau isteri Abg Aziz, Kak Ta dulu mengait juga. Masa lepak2 kat rak buku saya ternampka 2 bijik buku psl pattern crochet. Satu jepun dan satu English. Sukaaaaaaaa nyeeee. Terus pinjam hehehhehee.


Sekarang ni tengah buat satu alas ikut buku jepun tu huhhu bestnyeeeeeee...

Ahad, 11 Mac 2012

Rainbow purse

Hari ni satu hari saya duk siapkan beg pelangi yg ditempah kawan saya di Paka, Ema. Sebenarnya dia nak macam pattern asal ni. Saya cuba ikut tapi ada juga warna yg tak ada tapi tak masih cantik lagi hehehehe.

Ni beg asal. Pattern nya dari Ravelry.com



Ni yang saya buat.



Saya sukaaaa sangat tengok beg ni. Ceria je. harap Ema suka dan berkenan.

Ahad, 4 Mac 2012

Mary Jane Baby Slippers

Saya dah 2 kali buat baby booties ni tapi still tak mahir lagi. Saya tak puas hati lah. Nak kena belajar lagi. Kali ni teringin nk buat mary jane booties ni.


yg makcik teresa punya. Nanti kita buat sampai jadi.

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Khamis, 1 Mac 2012

Current work in progress

Nanti dh siap saya reveal nak buat apa ye ...


Tak sabar nak tunggu siap!