Sabtu, 25 Ogos 2012

Kembali mengait-Stripy tank top

Cuti 2 minggu untuk beraya, semalam saya kembali memegang hook. Rindu plak nak mengait. Tapi semalam buat projek kecil2an. Rasa nak try buat  baju baby. Belek punya belek buku, cari yang senang je :D maka jadilah tank top belang-belang ni.



Saya tiru sebijik pattern buku ni, dengan kalernye sekali hahahaha. Saiz  ni boleh muat baby 3-6 months.

ok, nak mula mengait tempahan utk raya haji  supaya tak jadi last minute nanti .


Ahad, 19 Ogos 2012

Last order before raya

last minute dekat nak raya saya masih mengait. Pagi Sabtu pun masih mengait juga. Tendion sgt sbb hati dah takde nak mengait ni. Maksud nya kita nk buat persiapan raya plak, so malas nak pegang hook dah. Lagipun raya tahun ni umah  mertua, takkan nak duk lam bilik mengait plak, nanti apa plak katanya kan. Tapi alhamdulillah sempat siap juga pagi sabtu.







Opps yg last tu model tak bertauliah hahahaha.

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN CROCHET, MAAF ZAHIR BATIN.  Sempena raya ni cuti mengait jap. sambung balik nanti utk siapkan order utk raya haji.

Isnin, 13 Ogos 2012

Kopiah special edition

Ni kopiah order dari Kak Emi untuk suami nya. Kopiah ni bukan guna benang Nona tapi guna benang Unicorn yng beli dengan Juliana. Memang best sangat guna benang ni. Sesuai buat kopiah. Saya dah buat utk adik saya dan PB. Basuh banyak kali pun masih ok.


Dapat hadiah keronsang lagi. Terima kasih Ju. Benang ni dari Medan, mak Juliana poskan ke Penang dan dari Penang Ju poskan kepada saya.



Bahagian atas guna dc, tepi saya guna hdc. Benang sampai Ahad, petang tu jugak siapkan membawak ke malam siap kul 1.30 pagi. Tahan ngantuk adoiii hahaha sebab nak kejar kena pos ari ni juga kalu tak nanti tak sampai b4 raya.



Alhamdulillah siap. hari ni mintak tolong Superman pos kan hahahaa.

Ahad, 12 Ogos 2012

Beg coklat 2 compartment

Beg ni order dari Nana Balqish, kawan FB.




Saya  gunakan kain cotton polkadot sebagai lining. Tengah rushing nak siapkan order b4 khamis ni adoyaiii, semoga sempat.

Rabu, 8 Ogos 2012

Giveaway-Crochet is fun.


Ok meh kita ramai-ramai join giveaway ni :D

Sejujurnya, blog Crochet Is Fun ni antara yang paling awal saya jumpa masa mula-mula kembali mengait hampir 3 tahun lepas. Yang palling saya sukaaaa adalah tutorial nak kait nama ni kopiah. Mana nak cari tutorial ni kat lain. Dalam forum Jarum Kait kat FB apabila ada yg bertanya tentang cmne nak kait nama saya perasan semuanya merujuk kepada blog Crochet Is Fun. Dan tak lupa juga tutorial kopiah tu. Kalu tak caya jenguk lah gambar kat forum tu confirm bersepah kopiah yg pattern macam amani ajar tu. Bagus sangat amani ni berkongsi ilmu.

Dan yg best nya ada Giveaway pulak. Hadiah makk aiii lumayan! Jom join !

Ahad, 5 Ogos 2012

Rumah baru :D

Bukan 'rumah' betul hahaha tapi rumah benang kikikiki. Benang ku dah dapat rumah baru, sian dia selama ni duk umah pondok je hahahaha.


Rumah banglo 4 tingkat hehehehehehe.


Paling atas benang import, belah kanan benang minlon halus tu. Tingkat 2 semua Nona, belah kanan Sakura. Masih ada baki lagi sakura yg saya beli kat Sabah itu ari. Yg bawah tu plastik utk packaging, sebelah tu bekas alat jahitan dan stok yg dah siap. Bawah sekali yg ada pintu tu semua kotak-kotak yg ada projek yg terbengkalai dan beberapa projek yg dicuba. Belah satu lagi sampul surat dan kotak tu ada stok cekak, butang, kain lining, velcro tape dan macam-macam lah.



Cermin ni dah lap tapi masih kelabu, agaknya lama duk berbungkus kut. Kena cabut kasi basuh baru licin berkilat nih.


Babai rumah pondok hehehee. 

Almari ni harganya RM250. Saya beli almari ni dgn almari kasut tinggi lebih kurang almari benang ni juga cuma slim skit. Pun harga RM250. Kira total RM500 la kan, nego punya nego dia bagi RM450. Ok lah kut harga tu.

Ni beli kat kedai pakistan hehehe, memang dah jadi pelanggan tetap kat situ dah hahahahaha. Kedai perabot punya lah banyak kat area rumah saya ni tapi kebanyakan tokei Cina punya la tapi harga memang tingi skit, ada juga yg harga ok tapi tak banyak pilihan dan biasanya hanya pekerja saja yg layan tapi kedai Pakistan ni tokey dia sendiri tu yg best nak mintak kurang. Maaf ye saya bukan racist tp kalu nak beli perabot ni memang saya akan seurvey. Kagum jugak dgn Pakistan ni drpd jual naik motor sampai boleh  bukak kedai yg besarrrrr sgt.

Lega nya benang ku dah ada rumah kalu tak bersepah sana sini hahahahaaaa.

Sabtu, 4 Ogos 2012

6 pcs kopiah

Dekat nak raya ni harap maklum la ye, memang banyak entry kopiah. Tahun lepas tak pandai lagi, tahun ni alhamdulillah berkat tunjuk ajar kawan-kawan kat forum.

Kopiah ni order dari Kak Murni, kawan di TTC Group. Kak Murni order sepasang utk setiap nama tapi nama lain-lain. Hahaha paham tak paham tak?



Atif Naufal, Ezz Hakimi, Fariz Rayyan.

Lenguh tangan dah, nak rest jap sblm masak utk berbuka. Selamat berbuka uolss :D


Jumaat, 3 Ogos 2012

Purple sling bag

Ni sling bag ke apa tak tau lah, tapi tali panjang macam sling bag lah.  Beg ni order dari Omi, ex-opismate PB. Saiz dan warna adalah seperti yg di request Omi.



Kain lining tu kain cotton baju kurung hehehe. Kalu tak silap RM11/meter. Pernah beli yg murah ari tu tapi kain pecah. ni tak jumpa kaler, jumpa yg  ni terus ambik. saya biasa beli yg RM6-7 semeter pun ok tapi tak jumpa lak masa p cari ari tu.

Saya terpikir nak letak apa ye untuk lekatkan beg tu, ari tu letak butang ketik tu, pastu terpikir lagi bagus letak magnetic button kan. Pastu try cari kat Sing Thye, mujur ada hahahaha.


Saiz beg ni 9" width x 4" height x 2" gusset. Tak lupa seekor rama-rama yg hinggap :)

Semoga Omi berpuas hati :D