Sabtu, 15 Disember 2012

My 1st shawl

2 bulan lepas kalu tak silap saya Kak Emi ada request suruh saya buatkan shawl kaler merah. Kebetulan masa tu group Yarn Lovers Malaysia tengah duk wat CAL Shawl. Saya ingat nak join tapi malangnya sekerat jalan benang tak cukup. Terpaksa tunggu end of Nov baru dapat balik. Sekarang dah siap dah. Lega rasanya dan macam biasalah saya rasa sayang plak hahahaha. Ok nanti nak buat utk diri sendiri satu lah.



Abaikan lah sepah-sepah tu ye hahahaha. Material yg saya gunakan adalah Milk Cotton Aran dan Milk Cotton Aran Economy kaler red dan rose. Pattern shawl ni saya ambik kat group YLM. Credit to YLM.

ini pattern shawl di atas.


ni plak saya cadang nk try wat utk saya nanti, itupun kalu berkesempatan lah hahahahaa.

* All patterns are credited to group YLM


Khamis, 13 Disember 2012

Jatuh cinta dengan milk cotton

Kali pertama saya beli Milk Cotton masa nak buat shawl Kak Emi. Saya beli Milk Cotton Aran. Lembuuuttt sangat. Pastu kaitpunya kait tak cukup pulak. Pastu masa tu kaler yang saya nak takde dalam stok so pili kaler yg ala-ala lah boleh wat belang-belang. Cadangnya beli lebih sikit untuk buat shawl utk diri sendiri nanti hehehehe.

Saya beli Milk Cotton Sport, Milk Cotton Aran tapi yang ekonomi punya lebih murah tapi saya rasa lembutnya sama cuma pintalan benang dia agak kasar skit tapi kalu sekali imbas hampir sama je dengan Milk Cotton Aran yg asal.


Yg takde label tu Milk Cotton Aran economy punya.


Sangat besar compare dgn local yarn. Huhuhu bestnyeee rasa nak tido peluk yarn hahahahhaa. Giloss.


Rabu, 12 Disember 2012

Beg mekap Fiza

Ni beg mekap order cik adik manis Fiza. Nak warna purple dgn biru turqoise. Patternnya main reka je belang-belang pastu letak nama dia.




Lining warna coklat huhuhu. Lining purple dah habis hehehhee. Belum p kedai kain lagi :p

Sabtu ni kita jumpa ye fiza :D


Sabtu, 8 Disember 2012

Hadiah si kembar :)

Jiran depan rumah (sebenarnya bukan depan betul tapi belah kanan rumah depan saya, paham tak? hahaha) baru dapat cucu sulung. Anak pompuan dia dah 12 hari bersalin kembar perempuan. Alaaaa bestnyeeeeee nak satu lah aci tak? hahahaha. Tak sempat nak beli hadiah kita buat headband je lah pastu selit duit skit hehehehe.


headband tu guna Nako Baby Lolipop, bunga nya saya guna Nona sahaja. mulanya nak buat sepasang dgn booties tap tak sempat plak. 

Tadi tengah browse pictures ternampak gambar anak kawan yang pakai kopiah yang ayahnya tempah ari tu.


3 beradik yg comels :D


Rabu, 5 Disember 2012

Purple bags

Assalamualaikum...... Lama sangat tak update. Ari tu stop mengait jap sebab duk jahit manik. Pastu gilir-gilir lah kejap jahit manik, pastu crochet pulak.

Ok ini 2 biji beg purple yang ditempah oleh kawan-kawan di Pej Perikanan . Enjoy!


Sebiji pouch utk phone and coins dan sebijik lagi makeup bag.

makeup bag ni mempunyai tapak 4"


Ini pulak 2 compartments pouch untuk letak phone dan coins ke hape ke senang kan kalu  nk kuar lunch ke apa hanya bawak beg ni je.

Happy crocheting!

Selasa, 6 November 2012

Update!

Lama saya tak update kat sini. Blog satu lagi pun sama, bukan apa photobucket buat hal tak leh upload gambar adusss.. Apapun ni hasil crochet seminggu dua ni.

Sekarang ni tgh work in progress shawltapi terpaksa stop sebab tak cukup benang! Adoyai ingat dah cukup dua ketul sebab besar rupanya tak cukup sebab shawl tu memang besar. so benang kena tunggu end of Nov baru ada stok hmmm Kak Emi harap bersabar ye :D


Ni kopiah 3 beranak order dari kakak ipar saya. Ni guna benang unicorn beli dgn Juliana Yap.



Stokin utk Along sepupu saya.


Baby beanie utk Nurin, adik Along.


Beg mekap order dr Gee.

Happy crocheting :D

Selasa, 23 Oktober 2012

Bag and newborn set

Dah lama siap ni tapi baru nak update. Oh yg lama siap tu newborn set ni. Order dari kawan kepada kawan hahaha.



Ni lak beg mekap kawan saya. Nak ada nama. Puas jugak mikir camne ye hehehe. Tapi ala2 mcm kait nama untuk kopiah la.



Happy working :D

Jumaat, 12 Oktober 2012

Aidid Umran

Lama tak post hasil crochet. Ada bukan takde. Aktiviti mengcrochet tetap berjalan seperti biasa, maklumlah surirumah yg takde anak lagi ni nak buat apa lagi kalu tak mengait kan. Bosan plak nanti. Minggu ni ada appointment dengan O&G. Harap-harap berjaya.

Ok, ni kopiah order dr my long lost bff. Kawan baik saya masa zaman sekolah rendah. Jumpa balik setelah 15 tahun lost contact. Nasib baik ada Facebook hahahaha.




Warna adalah seperti yang di request.

Ini plak headband dan cekak order dari Kak Emi, my loyal customer untuk bagi hadiah kat kawan katanya.


Background lain hehehehe, masa ni nak cepat sebenarnya.

Ok bertungkus lumus nak siapkan order b4 raya haji pulak. Lepas raya 2 projek besar sedang menanti :D

Rabu, 3 Oktober 2012

Hijau pink

Ni order dari kawan sayaDiha. Nak pencil case kaler hijau+pink. Patutnya lepas raya haji saya buat tapi sebab alang-alang nak hantar barang CikLi kawan satu pejabat Diha, saya buatkan sekali lah Diha punya.




Wrna hijau tu guna benang import apa nama ntah merino kut lama dah beli tinggal seketul je. Best sangat, lembut je. Lining kaler purple, kira aci lah ek :P


Ni handphone pouch cikli. 2 lapis sebenanrnya ni utk muat 2 biji telefon :D

Perasan tak saya letak watermark. Ni watermark utk  blog satu lagi, sementara nak buat yg baru kita guna yg ni dulu. Malas sbnrnya nak letak watermark ni tp risau jugak kan takut orang ambik gambar kita.

Khamis, 27 September 2012

Ice Yarns Baby Magic

Selama ni duk tengok je orang post gambar magic baby ni. Hehehe sekali saya pun dah dapat rasa. Cantik dan gebu. Benang ni customer nak suruh buat baby cocoon. Bersalin nya bulan 2 tahun depan tapi beli siap-siap. Nanti pas siap shawl boleh start wat. Ni customer sendiri yg pilih kaler ni, sennag saya bagi je link kedai Ery tu suh dia pilih. Oh ye, saya beli dgn Da'Knit nih. Thanks Ery :D



Cantek laaaaaahhh. Tak sabar nih hahahhaa.




Selasa, 25 September 2012

Milk cotton Aran

Baru-baru ni customer yg palin setia request suruh saya buat shawl. nak warna merah katanya nak mecing dgn beg yg saya buat ari tu. Cari-cari punya cari benang apa yg sesuai ye. Juliana Yap cadangkan Milk Cotton sama ada sport atau aran memang cantik kedua-dua benang tu. Cari punya cari Milk Cotton Aran je yang ada warna merah. Oh saya  beli benang ni di http://www.cottonhousestore.com/. Cantik-cantik sgt benang.

Packing cantik je siap ada beg :)



Yarn ni sangat lembutttt saya suuukaaaa sangat. Benang ni berat 125 g memang besar compare dgn local yarn yg biasa 40 g je.


Tak sabar nak mengait shawl ni. Pattern dah jumpa dah yg senang-senang je tak reti nak buat yg susah hahahaha. Tpi pas raya haji bari start kut.

Kopiah bapak dan anak

Baru ni kopiah atuk dan cucu, ni kopiah bapak dan anak-anak pulak.



Nama anak-anak ikut nama imam - Hambali, Hanafie, Shafie. Yg kelabu tu bapak nya punya. Sape nak order kopiah utk raya haji cepat-cepat bagitau, xmu last minit macam raya baru ni.


Ahad, 23 September 2012

My new makeup bag


Dah lama nak buat tapi gitu lah kalu sendiri punya memang tak terbuat. Kalut duk siap tempahan sampai projek sendiri terbengkalai. Hahaha. Ni pun boring kait kopiah curi-curi kait beg ni. Saya guna benang ice lace beli lama dah ada la 2 tahun lepas tak guna. Tak tau nak buat apa. Benang ni tak berbulu cuba dia leper tak bulat mcm benang biasa tu.


ni benang nya. Ada lg 4 ketul setengah haha, saya ingat  nak buat cushion cover nanti.


Saya guna dc dan sc je selang seli setiap satu baris. Saiz 10"x6"


Belasah je lining kaler purple, malas nak  beli yg baru, guna apa yg ada je :D

Khamis, 20 September 2012

Kopiah atuk dan cucu :-)

Order kopiah dapat masa gi beraya. Hahaha lawak pun ada. Sembang punya sembang sekali orang tanya saya buat apa? Incik suami pun apa lagi hahahhaa siap bukak tablet tunjuk barang kait. Terus dapat order.

Ni order kopiah atuk dan cucu. Hahaha comel sangat. Tapi atuk punya tak letak nama lah.




Khamis, 13 September 2012

Happy National Crochet Day

Happy National Crochet Day kepada semua kawan-kawan crochet ku. Hehehe tak sangka ada jugak ek sambutan hari crochet sedunia. Kalu tak silap 2 hari lepas rasanya 11 atau 12/9 tap pasti pulak.


Hari ni mengait sekerat hari je. Pastu layan internet melalut-lalut sampai petang. Sudahnya malam ni la sambung. Banyak projek sendiri yang saya plan nak buat ni antaranya beg mekap sebab beg mekap dah koyak hahahhaa, pastu sarung kusyen kat sofa tu. Saje nak bagi ceria skit. Tak mau terikat dengan tema kaler la. Rumah saya ni takde tema, tema warna warni kekdahnya hahahaha. Lagi nak buat table runner, mak aii banyak lagi ni tapi kena stop jap pasal nak siapkan tempahan before raya haji ni pulak. 

Kat Malaysia ni xde ke sambutan Crochet Day? :D

Ahad, 9 September 2012

My knitting hook

Sejak belajar knitting ni hati meronta-ronta nk buat tapi jarum takde. Semalam kebetulan kuar makan kenduri ajak PB singgah kedai


Saya tak tau nak ambik saiz apa. Last-last ambik 3.5 huhuhu try je lah. Harga nya RM8.90. Saya tak sangka jarum knitting ni panjang giler hahahahaha. Tak lup ajuga beli stok magnetic button. Senang kalu nak guna nanti.

 Saje beli  buat stok, sebab kalu nk buat handphone case nanti senang  boleh guna aje. Yang besar harga RM 1.60, yang kecik RM 1.40.

Sabtu, 8 September 2012

Hadiah dari sifu crochet

Sebelum raya ari tu saya dapat satu bungkusan. Terpikir jugak saya tak beli apa-apa barang rasanya.  Bila dah buka rupanya hadiah dari sifu crochet yg sangat saya kagumi. Banyak plak tu hadiahnya.



Ada hook size 2.0. Eeee suka suka! Tape pengukur yg comel (wrna hijau tu) ada stamps, benang dan produk crochet yg dah siap. Yg paling saya suka semestinya hook dan pita pengukur tu. comel sgt boleh buh dalam beg senang  nk bawak ke mana-mana. 

Terima kasih Kak Kucik a.k.a Puan Lina A.R. Blog beliau boleh dilawati di pinkyfrogshop.blogspot.com. Terima kasih daun keladi :D


Khamis, 6 September 2012

Tutorial daun

Kali ni nak buat tutorial untuk daun pulak. Dulu main buat je kadang jadi kadang tak jadi. Ok, kita mula dengan terms yang digunakan adalah seperti berikut :-

- ch (chain)
- sc (single crochet)
- hdc (half double crochet)
- dc (double crochet)
- sl st (slip stitch)


Start with chain 8.


1 sc in second ch from hook.


1 hdc into the next. 1 dc in the next.


2 dc in the next.


1 dc in the next. 


1 hdc in the next. 1 sc in the next. Chain 2.


Sl st into the second chain from hook. This form a 'picot point'.


Continue working 1 sc, 1 hdc, 1 dc, 2 dc in the same st, 1 dc, 1 hdc, 1 sc. Sl sticth and fasten off. Dont forget to leave enough yarn tail to sew.




Ok, dah siap. Comel kan?

Pattern asal daun ni juga dari Attic24.

Note : Saya buat tutorial ini untuk ingatan saya, bukan berniat mahu copy paste dari blog asal tapi utuk kemudahan saya di kemudian hari. Terima kasih.