Isnin, 23 April 2012

Handphone casing

Hnadphone casing ke ke handphone pouch? Sama je kut. Ni order dari offficemate Pakcik Botak. Dia nak satu je tapi ari tu saya ada post satu yg belum siap, dia kata berkenan. So alang-alang saya buat la dua, nanti Pb bawak gi opis suruh dia pilih la yang mana nak. Saya jual ni  RM 15. Ok lah kan.



 Yg bawah ni 1st time buat pesen gini. Tak la susah mana cuma banyak step terlibat. Kena buat dulu bahagian badan pastu cantumkan. Saya lebih suka buat yang atas.

Jumaat, 20 April 2012

Terima kasih kak Permata Sari

Ari tu akak Permata Sari order stokin. Dah sampai dah pun. Alhamdulillah ngam ngam . susah jg nk exjas saiz ni maklumle rumah saya ada saiz 7/8 je. Kira sesaiz dgn kak Permata Sari la.

Boleh baca coretan Kak Sari di blog beliau ~ Alam Sari.

Dan Kak Sari telah order sepasang lagi utk dihadiahkan pd kawan nya. Ngeeee suka lah, terima kasih kak :D

Selasa, 17 April 2012

My 1st baby beanie

Saya baru berjinak-jinak nak buat baby hat ni. Cari punya cari pattern jumpa yang  ni kat blog makcik teresa hehehe. Ni saya buat utk bagi stok kedai kawan saya.


Ni guna benangminlon yng dah berkurun saya beli. Best plak benang ni. Ada yg ok ada yag tak ok minlon ni tpi yg campur-campur warna ni ok plak hehehe.

Sabtu, 14 April 2012

Flower brooch

Minggu lepas masa kat Pulau Redang dapat call dari sepupu saya Along. Katanya brooch yang ari tu dah habis. Nak tambah lagi pastu nak 10 pasang tambahan. Ada cikgu nak beli katanya.



Remeh sangat buat benda ni adoyai. Nak letak butang lagi nak lekat pin lagi. Huhuhu kena banyak sabar la hahaha. Ini je yang terlarat saya  buat. ni pun celah-celah. Sebenarnya tengah nak buat beg ada mak kawan tempah dengan nak siapkan stok kedai utk kawan saya nih.




 Tak sangka laku pulak dia jual hahahaha. Tak pelah boleh buat duit poket, hehehe tapi nak membuat tu la yang leceh hahahaha.

Ahad, 8 April 2012

Baby booties ke baby stokin?

Saya tak tau nak panggil ni baby booties ke stokin sebab kalu ikut pattern dia sebut slippers. Ikut la apa pun janji jadi hahahaha.



Ni order dari Nad, opismate PB.  Harap-harap dia suka lah. Rumahdia dekat je dengan umah saya. Kalu tak padan nanti tukar saiz. Heehehe Panjang Nad bagitau 9cm. Comelnye, bunga lagi besar hahaha. Sebenanrnya dah kecikkan skit bunga tu dari saiz asal, jarum pun pakai saiz 1.0 je hahaha.

Jumaat, 6 April 2012

Beg, stokin, dan baby booties

Ada 3 projek yang baru siap. Beg cerut dari Kak Emi, stokin dari Kak Yusarima dan baby booties. baby booties ni nak bagi kat kwn tapi mcm tak brp jadi lah. Macam besar sebelah.






Kena praktis lagi ni buat booties.

Isnin, 2 April 2012

Tutorial pointed petal flower

Atau bahasa senang bunga bintang lah ye. Pattern ni terjumpa kat blog Raymond. Eh Raymond tu kucing rupenye hahaha. 


 Saya mulanya tak paham tutorial dia pastu try buat sendiri. Sama je jadi nye.



1. Chain 4, join to 1st chain to form a ring. Chain 2 (count as 1st half double crochet(hdc)).
2. 9 hdc into the ring, join with slip stitch to the 1st hdc.
3. Chain 2.
4. Make 1 hdc in the same stitch.



5. 1 double crochet (dc) into same stitch.
6. 1 treble crochet into the same stitch.
7. Chain 3.
8. Slip stitch to 1st chain (tengok arrow kat gambar 7, slip stitch kat situ), jadi la picot.



9.   After the picot, continue with treble crochet in the same stitch.
10. 1 double crochet in the same stitch.
11. 1 half double crochet in the same stitch.
12. Slip stitch to the next stich. Finish a petal. 
     

13. Continue step 3-12 for the next petal .
14. Make 4 petals more to complete a flower.
15. Finish.
16. Boleh tambah butang utk cantikkan lagi.

Update :
For the next petal, hdc into the next stitch, 1 dc, 1 treble crochet, picot, 1 treble crochet, 1 dc, 1 hdc, slip stitch to the next stich. Cont for the next petal .


Selamat mencuba. Sharing is caring.

Ahad, 1 April 2012

My yarns collection

Hari ni tengah dukmengait siapkan beg yg Kak Emi tempah. tengah-tengah mengait ngantuk pulak, semalam tido kul 2.30 am. Mata tak ngantuk psl petang tu tertido. Sambil mengait tengok cite Scream 3. Ntahapahapa citer tu hahaha

Lari topik dah ni. Hehehe.

Tengah mengait tadi ngantuk pastu nak hilangkan ngantuk rasa  nak belek plak koleksi benang-benang yang ada. Asyik rasa mcm tak cukup je, sekali dah boleh bukak kedai hahahahaa.



Semua duk dalam beg ni. Banyak lagi yang tak digunakan. Asyik nak beli baru je hahahaha pentamak betol. Hahahaha. Ni beg masa gi Kota Kinabalu ari tu, saya borong baaaaaanyak benang kat sana. Banyak brand Nona dan Sakura. kat tmpat saya memang takde brand tu, tu pasal borong abis-abisan hahahaha.


Ini koleksi yang belum guna tapi ada yg dah guna. Yang tengah guna sekarang ni duk dalam container, malas nk tunjuk sebab sepah hahahahaa.


Ini koleksi benang import. Ada yg saya beli dari Turki, dari Indon pun ada tapi beli dgn kawan dr Penang. Ada jugak beli masa kat KK ari tu.

Saya rasa bagi seorang crocheter, kita sentiasa rasa tak cukup benang kan? hahahaha