Sabtu, 7 Februari 2015

Order dari seberang laut

Baru2 ni saya dapat order dari seorang pelanggan dari Indonesia. Mulanya macam x yakin je sbb saya tak ada akaun paypal. Tapi katanya akan transfer melalui western  union. Oo baru saya tau western union tu utk kiriman wang rupanya hahaha.

Ini la hasilnya  setelah beberapa mengait. Pelanggan ni beri contoh dan maukan sebijik mcm gambar heheh...



Stokin dan mittens


Diaper cover with suspender dan ribbon


Baby brimmed hat

Berminat  utk order  produk seperti di atas boleg pm saya di FB (marina hunny) atau whatsapp /sms 012 9584321

Baby cocoon lebah

Ini kali kedua saya buat cocoon bertemakan lebah. Order ni datangnya dari sarawak.





Set cocoon ini berharga RM 115 (cocoon+topi+kasut) manakala topi bear RM30. Ada tambahan topi ala2 kepala bear hehhee. 

Berminat  utk menempah boleh whatsapp/sms saya 012 9584321  

Rabu, 14 Januari 2015

Baby cocoon lagi 😊

Alhamdulillah... Baby cocoon ni antara produk yg paling banyak yg ditempah. Saya rasa sebab ianya comel kut dan kebanyakan customer  yg tempah ada yg ingat produk ni hanya  blh dpt dr oversea which is kena beli online dr sana tapi kat Malaysia ni pon banyak hehe cuma poduk kait ni tak banyak diberi pendedahan sebagaimana di luar negara. Ok stop dlu makcik. Jgn membebel kang habis entry ni hahaha.

Ok ni tempahan customer yg dibuat sebagaiman request. Due bulan Mac 2015 tp bagus lah tempah awal2 kan. Hehhee



Ladybird cocoon ni lah yg paling laris. Terhangat di pasara gitewww hahahaha. Ok kali ni saya buat pembaharuan. Saya letakkan sesungut di topi. Dulu xde sesungut hahaha. Lagi comel bila ada sesungut ni heheh.


Yg lagi satu ni customer nak shell stitch cocoon. Dah lama saya tak buat guna pattern shell nih. Makan masa dan jugak makan benang hahaha maksudnya guna benang yg banyak berbanding pattern yg biasa. Tapi cantik sebab nampak bentuk shell tu kan.

Berminat utk tempahan boleh pm saya di FB- marina hunny atau whatsapp /sms 0129584321 .

Ahad, 11 Januari 2015

Booties dan kopiah tema bendera Palestine

Assalamualaikum. Setakat ni dah beberapankali saya kait kopiah bertemakan bendera Palestin (Gaza). Tapi ini kali pertama customer request nak booties sekali..


Comel jugak ye hahahha #masukbakulangkatsendiri. Set ni berharga RM 50 termasuk postage. Berminat boleh pm saya di Fb ye :)

Sabtu, 10 Januari 2015

Kopiah kait lagi :)

Ada beberapa kopiah yg sempat disiapkan masa akhir tahun lepas.





Yg terbaru baru siap tadi hahaha kira aci lah ye tahun ni sekaligus  kikiki.

:P

Jumaat, 9 Januari 2015

Newborn caterpillar cocoon with hat

Assalamualaikum .  Lama  tak post produk kait. Ok kali ni ada sorang customer bagi contoh baby cocoon ala2 ulat beluncas atau caterpillar.

Dan ini lah hasilnya.




Alhamdulillah  customer puas hati. 1st time kait sesungut tu. Comel sgt #masukbakulangkatsendiri :P

Harga set cocoon ni RM 95 termasuk postage. Sekiranya berminat boleh pm saya di FB (Marina hunny) atau whatsapp  saya di 0129584321 . 


Jumaat, 14 November 2014

FAQ about baby cocoon

Assalamualaikum . Boleh dikatakan baby cocoon ni antara produk saya yg paling laris walaupon harga agak mahal tp sebab kecomelan cocoon tu buat customer x kisah nak beli. Saya x nafikan harganya agak mahal dan seringkali selepas saya beritahu harga ada customer yg senyap atau oooo. Mcm x sangka hrga mcm tu.

Kali ini saya akan tuliskan mengenai soalan2 yg sering ditanya mengenai baby cocoon ni. Baby cocoon ni boleh dikatakan macam bedung baby lah. Cuma dia x ketat mcm kita bedung dgn kain tu tp lebih kpd comel la. Dan kebanyakan yg order ni selain utk letak baby semasa dlm pantang, sebahagiannya nak buat props utk photoshoot. Skrg ni kan trend photoshoot baby.

Saya banyak dapat pertanyaan mengenai baby cocoon ni. Antara soalannya :-

1) Berapa harga? 

2) Baby x panas ke duk dalam tu?

3) Sampai umur brp baby boleh duk dlm cocoon?

4) Baby x gatal ke?

Jawapan saya:-

1) Berapa harga? 
Baby cocoon yg sy jual mempunyai beberapa harga bergantung kpd produk dan material iaitu benang tempatan atau benang import. Oh ye saiz cocoon ni berukuran 18 inci pjg dan ukuran keliling 20 inci.

Benang tempatan
     - RM 95 (cocoon+beanie)
     - RM 120 (cocoon+beanie+booties)

Benang import 
     - RM 115 (cocoon+beanie)
     - RM 135 (cocoon+beanie+booties)

* Harga di atas termasuk postage.

Kenapa agak mahal? Apa beza benang import dgn benang tempatan? Tak dinafikan harga mmg agak tinggi ini kerana semuanya dibuat dgn tangan/handmade. Anda bayangkan dr sehelai benang yg dikait sehingga menjadi sebuah produk. 

Benang tempatan yg sy gunakan adalah jenama Nona. Material nya arcylic . Manakala benang import pula sy biasa beli yg materialnya arcylic   jg tp khas utk baby dan jg milk cottton. Benang import semestinya lebih lembut dan benangnya mmg khas utk baby. Walaupon material arcylic tp jenis yg lembut sgt. Dan harga lebih mahal dr benang tempatan.

2) Baby x panas ke?
Panas tak panas tu bergantung kpd cuaca jg. Sama jg mcm baby tu kalau dibedung kain pon akan panas jg kan. Terpulang kpd ibu2 la baby tu mesti nak selesa kan.

3) Sampai umur brp baby blh duk dlm tu?
Ini antara soalan yg paling banyak sy dapat. Terpulang kpd anda nak letak baby dalam tu sampai umur brp? Biasanya dalam waktu pantang tu ok lah tp bila dh lepas 3 bulan tu of course baby pon dh makin bsr dan dah x selesa nak dibedung kan. 

4) Baby x gatal ke?
Insyaallah x gatal. Sbb sy blom dpt feedback baby gatal kalu masuk dlm bedung ni. Material benang ni arcylic. Kalau nk yg betul2 khas utk baby boleh request benang import.

Ok itu saje yg blh dikongsi. Sebarang pertanyaan blh inbox saya di fb atau komen di sini atau whatsapp saya di 0129584321 . 

Ini testimoni  customer  saya. Baby ihsan dalam cocoon.