Selasa, 6 November 2012

Update!

Lama saya tak update kat sini. Blog satu lagi pun sama, bukan apa photobucket buat hal tak leh upload gambar adusss.. Apapun ni hasil crochet seminggu dua ni.

Sekarang ni tgh work in progress shawltapi terpaksa stop sebab tak cukup benang! Adoyai ingat dah cukup dua ketul sebab besar rupanya tak cukup sebab shawl tu memang besar. so benang kena tunggu end of Nov baru ada stok hmmm Kak Emi harap bersabar ye :D


Ni kopiah 3 beranak order dari kakak ipar saya. Ni guna benang unicorn beli dgn Juliana Yap.



Stokin utk Along sepupu saya.


Baby beanie utk Nurin, adik Along.


Beg mekap order dr Gee.

Happy crocheting :D

Selasa, 23 Oktober 2012

Bag and newborn set

Dah lama siap ni tapi baru nak update. Oh yg lama siap tu newborn set ni. Order dari kawan kepada kawan hahaha.



Ni lak beg mekap kawan saya. Nak ada nama. Puas jugak mikir camne ye hehehe. Tapi ala2 mcm kait nama untuk kopiah la.



Happy working :D

Jumaat, 12 Oktober 2012

Aidid Umran

Lama tak post hasil crochet. Ada bukan takde. Aktiviti mengcrochet tetap berjalan seperti biasa, maklumlah surirumah yg takde anak lagi ni nak buat apa lagi kalu tak mengait kan. Bosan plak nanti. Minggu ni ada appointment dengan O&G. Harap-harap berjaya.

Ok, ni kopiah order dr my long lost bff. Kawan baik saya masa zaman sekolah rendah. Jumpa balik setelah 15 tahun lost contact. Nasib baik ada Facebook hahahaha.




Warna adalah seperti yang di request.

Ini plak headband dan cekak order dari Kak Emi, my loyal customer untuk bagi hadiah kat kawan katanya.


Background lain hehehehe, masa ni nak cepat sebenarnya.

Ok bertungkus lumus nak siapkan order b4 raya haji pulak. Lepas raya 2 projek besar sedang menanti :D

Rabu, 3 Oktober 2012

Hijau pink

Ni order dari kawan sayaDiha. Nak pencil case kaler hijau+pink. Patutnya lepas raya haji saya buat tapi sebab alang-alang nak hantar barang CikLi kawan satu pejabat Diha, saya buatkan sekali lah Diha punya.




Wrna hijau tu guna benang import apa nama ntah merino kut lama dah beli tinggal seketul je. Best sangat, lembut je. Lining kaler purple, kira aci lah ek :P


Ni handphone pouch cikli. 2 lapis sebenanrnya ni utk muat 2 biji telefon :D

Perasan tak saya letak watermark. Ni watermark utk  blog satu lagi, sementara nak buat yg baru kita guna yg ni dulu. Malas sbnrnya nak letak watermark ni tp risau jugak kan takut orang ambik gambar kita.

Khamis, 27 September 2012

Ice Yarns Baby Magic

Selama ni duk tengok je orang post gambar magic baby ni. Hehehe sekali saya pun dah dapat rasa. Cantik dan gebu. Benang ni customer nak suruh buat baby cocoon. Bersalin nya bulan 2 tahun depan tapi beli siap-siap. Nanti pas siap shawl boleh start wat. Ni customer sendiri yg pilih kaler ni, sennag saya bagi je link kedai Ery tu suh dia pilih. Oh ye, saya beli dgn Da'Knit nih. Thanks Ery :D



Cantek laaaaaahhh. Tak sabar nih hahahhaa.




Selasa, 25 September 2012

Milk cotton Aran

Baru-baru ni customer yg palin setia request suruh saya buat shawl. nak warna merah katanya nak mecing dgn beg yg saya buat ari tu. Cari-cari punya cari benang apa yg sesuai ye. Juliana Yap cadangkan Milk Cotton sama ada sport atau aran memang cantik kedua-dua benang tu. Cari punya cari Milk Cotton Aran je yang ada warna merah. Oh saya  beli benang ni di http://www.cottonhousestore.com/. Cantik-cantik sgt benang.

Packing cantik je siap ada beg :)



Yarn ni sangat lembutttt saya suuukaaaa sangat. Benang ni berat 125 g memang besar compare dgn local yarn yg biasa 40 g je.


Tak sabar nak mengait shawl ni. Pattern dah jumpa dah yg senang-senang je tak reti nak buat yg susah hahahaha. Tpi pas raya haji bari start kut.

Kopiah bapak dan anak

Baru ni kopiah atuk dan cucu, ni kopiah bapak dan anak-anak pulak.



Nama anak-anak ikut nama imam - Hambali, Hanafie, Shafie. Yg kelabu tu bapak nya punya. Sape nak order kopiah utk raya haji cepat-cepat bagitau, xmu last minit macam raya baru ni.