Isnin, 22 April 2013

Booties and beanie again

Ni order yg dah siap minggu lepas. Guna ICE Yarns.


Customer request benang yg tengah tu. Yang ni berat seketul 50g. Yg besar tu 100g.



Untuk bunga pada beanie saya gabungkan beberapa warna yg ada pada beanie tu gunakan Nona dan Ice ni jugak. Erm pendapat saya benang ni kurang stretch skit tapi best la mengait nye. Dah nama pun imported yarn kan mmg confirm best lah hahahaha.

Happy crocheting :D



Ahad, 14 April 2013

Shell stitch bag

1st time buat bag guna shell stitch ni. Ok jugak cuma lenguh skit sebab saya guna jarum 2.0 agak kecik . Rapi hasilnya sgt kemas.



Tak lupa juga bag yg ditempah oleh kawan FB.



Beg yg ada nama. Cantik jugak kalu saya buatkan satu utk saya ni, hehehehe nak kait  nama jugak lah :)

Happy crocheting :D

Rabu, 20 Mac 2013

Blue-pink

Pertama kali saya berpuas hati dapat kait baby booties. Selama ni bukan tak puas hati tapi rasa mcm tak kemas lah, tak kena itu dan ini macam-macam. Tadi jalan-jalan kat blog Kak Dinah, ada tutorial booties. Try buat alhamdulillah jadi. Saje buat sebagai percubaan.Terussaya buat headband dengan bunga 4 lapis utk di pasangkan dengan  booties.





Sebenarnya gabungan warna pink dan biru turqoise ini adalah kegemaran saya. Saya nampak comel sangat dan match. Bagi saya, pemilihan warna amat penting untuk bagi menjadikan produk kait itu sangat menarik.

Nampaknya kena practice banyak kali buat booties ni.

Happy crocheting uolls :D






Selasa, 19 Mac 2013

Busy bee

Kebelakangan ni saya agak sibuk travek ke sana ke sini. Minggu pertama bulan Feb pergi Singapore/Jb, minggu kedua ke Jb lg, minggu ke empat p Langkawi. Walaubagaimanapun crochet tetap berjalan cuma slow sikit kebetulan masa gi Langkawi tu tangan kiri saya sakit sbb sebelum tu seminggu mengait tk stop. Jadi peluang gi Langkawi saya ambik sebagai masa utk rehatkan tangan tapi tak lah hilang sangat cuma lega la skit.

Ini antara projek/order yg berjaya disiapkan.



Ni beg mekap yg diorder oleh Kak Anis Perikanan. Hari tu dah buat tapi silap pattern so saya buat yg lain.



Tempahan cekak bunga ros dari kawan sekolah saya. 


 Cekak ni plak kwn masa diploma order utk anak dia nak pakai p sekolah. tak boleh kaler lain selain putih, hitam atau blue black so daun pun kena tukar kaler jugak lah xleh kaler hijau hihihi.


Baby beanie utk baby mia pakai sebab dah botak hihihihi


Happy crocheting uolls :)

Isnin, 18 Mac 2013

Baby Mia wearing headband and booties

Babu Mia ni anak my new bff. Comel sgt mia mcm mak dia. Eh ayah dia pon comel jugak hihihi



Headband and booties made from baby yarns from ICE


Selasa, 12 Februari 2013

Baby cocoon

Ni order baby cocoon kedua dr kawan saya. Kali ni pesen ada butang, lagi senang nak masuk kan baby.




Baby dah masuk dalam dah hehehe. soooo cute :)

Ahad, 3 Februari 2013

Beg mekap

Beg ni order dari kawan saya Diha dan Kak Anis. Warna adalah seperti yg diminta dan begitu jugak size.





Happy crocheting :D