Selasa, 7 Februari 2012

Pouch bag utk Diha

Berpeluh nak buat pouch bag ni. Sebab 1st time buat. puas cari pattern. Nasib baik seorang teman di forum JK1M sudi berkongsi. thanks to Nurefta Craft :). Ni link pattern bag tu tapi saya ubah skit-skit.


2 hari juga ambik masa nak buat ni. Alhamdulillah menjadi. Diha pun suka. Guna benang Lana yg order dgn Pinky Pinkle ari tu kebetulan order warna hitam.


belum siap lagi ni. 


Ditambah love 2 butir. Baru suwiit :)

Gigih malam2 buta cari pattern love. Jumpa kat blog Planet June. Senang je dia guna magic ring. Puch ni besar skit utk muat purse yg pjg tu pastu Diha nak tali yg boleh masuk lengan.

Alhamdulillah, lega bila customer suka. Dan slippers/socks pink yg cute tu muat-muat dgn kaki Adda. Alhamdulillahhhhhh.

Jumaat, 27 Januari 2012

Cute slippers :)

tempahan slippers ni masa akhir tahun lepas tapi tak ingat sebab banyak ujian yg berlaku pd tahun lepas sampai lupa tempahan. tapi nasib baik orang yang menempahnya takde hal, hehehe. Ampun ye Adda :)

Adda request nak warna merah macam yang pernah saya buat dulu. Tapi malangnya warna merah tinggal seketul je, hmm memang tak cukup. Kalu buat pun dapat sepasang sebelah je, tak ke haru nanti hahaha.

Tinggal warna pink dan hitam. Benang ni sebenarnya brand lana beli dengan Pinky Pinkle. Material dia agak besar dari benang biasa.

 ni lah benang Lana. Macam nama orang kan hehehe.



Adda ni kecik je orangnya. Saya biasa buat guna jarum saiz 5 tapi utk Adda saya guna saiz 3.5 sebab dia nak size 4. Saya tak tau nak refer mana sebab ahli keluarga saya semua kaki panjang-panjang hahaha. Kalu kat rumah mak saya paling kecik pun saiz 6.

Kait swirl rose letak kat tepi. Tutorial untuk slippers dan bunga ni saya ambik kat blog ZoomYummy. Credit to the blog.

Insyaallah ada masa saya buat tutorial bunga ni. tadi dapat email bertanyakan pasal tutorial untuk uncang telur. Hmmm kena buat juga ni :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Khamis, 26 Januari 2012

Cute roses :)

Lama giler cuti mengait. Bila stop susaaaah nak start balik. Nak ambik mood tu bercinta hokey! Tapi bila dh start susah lak nk berenti.

Ari tu sepupuku yg comel mai tido kat umah, kebetulan masa tu banyak brooch bunga2 so bagi dia, nk tunjuk kat kawan -kawan katanya. Dalam tu terselit lah sekuntum dua brooch bunga ros.

Tup2 2,3 hari lepas Along sms mintak buatkan brooch bunga ros ni. Ok, kita buat warna warni :)






Tak lupa sehelai kopiah utk ex-schoolmate. Special made for him. Katanya susah nak cari saiz sbb tuan dia comel sgt :)

Happy crocheting!


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Sabtu, 14 Januari 2012

Crochet rose tutorial

Sepupuku yg comel Along request nak keronsang rose macam ni.


Tapi aku dah lupa step nya. Sib baik jumpa dalam youtube.

Part 1.


Part 2.

Part 3.

Okeh, nanti buat banyak2 bagi Along. Nak jual kat sekolah katanya. Banyak sambutan. Hehehhe

Selasa, 20 Disember 2011

kopiah

Assalaamualaikum..

Semenjak 2 menjak ni banyak plak tempahan kopiah. banyak tu tak la banyak mcm crocheters yg dh terror tu tp blh la.


ada 3 tempahan yg menunggu utk disiapkan.

Rabu, 23 November 2011

Crochet slippers

My 1st ever slippers crochet by me..

Waaah syiok sgt dh jumpa pattern slippers ni. Hajatnya nak cari pattern stokin tp susah plak nak2 tang tumit tu. Pastu jumpa jg pattern slippers ni tp buat2 tak jadi. Gugel punya gugel jumpa lah pattern slippers ni kat blog Petra. Thanks to her ;)

Kait punya kait akhirnya siap lah.





Comel sgt! Ni buat guna benang Luna. Benang nya kasar skit. Tapi a bit slippery. Ok lah wat basahan kat rumah :)

Selasa, 22 November 2011

Kopiah pertama ku :)

Kopiah ni guna benang unicorn. Sgt best benang tu. beli dgn Juliana Yap. Tak tau nak buat apa, alih2 try buat kopih, menjadi pulak.



Harga kopiah dewasa saya jual RM20. Postage free sajork.

Benang ni berkualiti. Best sgt mengait. Terus order 1 kotak lagi dgn Juliana. Minggu ni Juliana pos, x sabar nak tunggu. Kepada Sarina dan insa sabar ye, benang sampai nanti terus buat. Untuk baby tak tau harga lagi kena tengok penggunaan benang banyak mana tp mungkin kurang drpd dewasa.