Jumaat, 27 Januari 2012

Cute slippers :)

tempahan slippers ni masa akhir tahun lepas tapi tak ingat sebab banyak ujian yg berlaku pd tahun lepas sampai lupa tempahan. tapi nasib baik orang yang menempahnya takde hal, hehehe. Ampun ye Adda :)

Adda request nak warna merah macam yang pernah saya buat dulu. Tapi malangnya warna merah tinggal seketul je, hmm memang tak cukup. Kalu buat pun dapat sepasang sebelah je, tak ke haru nanti hahaha.

Tinggal warna pink dan hitam. Benang ni sebenarnya brand lana beli dengan Pinky Pinkle. Material dia agak besar dari benang biasa.

 ni lah benang Lana. Macam nama orang kan hehehe.



Adda ni kecik je orangnya. Saya biasa buat guna jarum saiz 5 tapi utk Adda saya guna saiz 3.5 sebab dia nak size 4. Saya tak tau nak refer mana sebab ahli keluarga saya semua kaki panjang-panjang hahaha. Kalu kat rumah mak saya paling kecik pun saiz 6.

Kait swirl rose letak kat tepi. Tutorial untuk slippers dan bunga ni saya ambik kat blog ZoomYummy. Credit to the blog.

Insyaallah ada masa saya buat tutorial bunga ni. tadi dapat email bertanyakan pasal tutorial untuk uncang telur. Hmmm kena buat juga ni :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Khamis, 26 Januari 2012

Cute roses :)

Lama giler cuti mengait. Bila stop susaaaah nak start balik. Nak ambik mood tu bercinta hokey! Tapi bila dh start susah lak nk berenti.

Ari tu sepupuku yg comel mai tido kat umah, kebetulan masa tu banyak brooch bunga2 so bagi dia, nk tunjuk kat kawan -kawan katanya. Dalam tu terselit lah sekuntum dua brooch bunga ros.

Tup2 2,3 hari lepas Along sms mintak buatkan brooch bunga ros ni. Ok, kita buat warna warni :)






Tak lupa sehelai kopiah utk ex-schoolmate. Special made for him. Katanya susah nak cari saiz sbb tuan dia comel sgt :)

Happy crocheting!


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Sabtu, 14 Januari 2012

Crochet rose tutorial

Sepupuku yg comel Along request nak keronsang rose macam ni.


Tapi aku dah lupa step nya. Sib baik jumpa dalam youtube.

Part 1.


Part 2.

Part 3.

Okeh, nanti buat banyak2 bagi Along. Nak jual kat sekolah katanya. Banyak sambutan. Hehehhe

Selasa, 20 Disember 2011

kopiah

Assalaamualaikum..

Semenjak 2 menjak ni banyak plak tempahan kopiah. banyak tu tak la banyak mcm crocheters yg dh terror tu tp blh la.


ada 3 tempahan yg menunggu utk disiapkan.

Rabu, 23 November 2011

Crochet slippers

My 1st ever slippers crochet by me..

Waaah syiok sgt dh jumpa pattern slippers ni. Hajatnya nak cari pattern stokin tp susah plak nak2 tang tumit tu. Pastu jumpa jg pattern slippers ni tp buat2 tak jadi. Gugel punya gugel jumpa lah pattern slippers ni kat blog Petra. Thanks to her ;)

Kait punya kait akhirnya siap lah.





Comel sgt! Ni buat guna benang Luna. Benang nya kasar skit. Tapi a bit slippery. Ok lah wat basahan kat rumah :)

Selasa, 22 November 2011

Kopiah pertama ku :)

Kopiah ni guna benang unicorn. Sgt best benang tu. beli dgn Juliana Yap. Tak tau nak buat apa, alih2 try buat kopih, menjadi pulak.



Harga kopiah dewasa saya jual RM20. Postage free sajork.

Benang ni berkualiti. Best sgt mengait. Terus order 1 kotak lagi dgn Juliana. Minggu ni Juliana pos, x sabar nak tunggu. Kepada Sarina dan insa sabar ye, benang sampai nanti terus buat. Untuk baby tak tau harga lagi kena tengok penggunaan benang banyak mana tp mungkin kurang drpd dewasa.

Selasa, 11 Oktober 2011

Selamat kembali

Assalamualaikum. Lamanya tak update. 4 hari warded sbb buat laporoscopy. Alhamdulillah, selsesai semuanya tp masih berehat dirumah. Doc bagi mc 16 hari. Dah kurang sakit cuma takleh nk duduk lama2, mesti kena baring jap. Lepas buat tu perut ni buncit semacam je. Adik ku kata dia pam angin kut, hahahaha.

Result laporoscopy tu sedikit mengecewakan tapi masih berpeluang utk dpt cahaya mata. Next treatment bulan depan insyaallah Dr. Jumizah suggest utk buat iui. Alhamdulillah segala kos percuma since PB staf gov. Operate baru ni pun takyah bayar sesen.

Rindu nk letak gambar crochet, huhuhu. Ni buat masa kat spital ari tu pun ada.


 ni utk bagi hadiah kpd kak maslina


 ni headband utk kak emi. customer yg paling setia.hahaha

ni pun yg kak emi order ;)


 ni headband order from eg izyan.


testing buat ruffle hat..nak bagi kat sape ntah..

Esok cuti2 malaysia Kota Kinabalu. Beli tiket masa bulan 2 ari tu. Takpe, kita jalan slow2..hahaha


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me