Jumaat, 14 November 2014

FAQ about baby cocoon

Assalamualaikum . Boleh dikatakan baby cocoon ni antara produk saya yg paling laris walaupon harga agak mahal tp sebab kecomelan cocoon tu buat customer x kisah nak beli. Saya x nafikan harganya agak mahal dan seringkali selepas saya beritahu harga ada customer yg senyap atau oooo. Mcm x sangka hrga mcm tu.

Kali ini saya akan tuliskan mengenai soalan2 yg sering ditanya mengenai baby cocoon ni. Baby cocoon ni boleh dikatakan macam bedung baby lah. Cuma dia x ketat mcm kita bedung dgn kain tu tp lebih kpd comel la. Dan kebanyakan yg order ni selain utk letak baby semasa dlm pantang, sebahagiannya nak buat props utk photoshoot. Skrg ni kan trend photoshoot baby.

Saya banyak dapat pertanyaan mengenai baby cocoon ni. Antara soalannya :-

1) Berapa harga? 

2) Baby x panas ke duk dalam tu?

3) Sampai umur brp baby boleh duk dlm cocoon?

4) Baby x gatal ke?

Jawapan saya:-

1) Berapa harga? 
Baby cocoon yg sy jual mempunyai beberapa harga bergantung kpd produk dan material iaitu benang tempatan atau benang import. Oh ye saiz cocoon ni berukuran 18 inci pjg dan ukuran keliling 20 inci.

Benang tempatan
     - RM 95 (cocoon+beanie)
     - RM 120 (cocoon+beanie+booties)

Benang import 
     - RM 115 (cocoon+beanie)
     - RM 135 (cocoon+beanie+booties)

* Harga di atas termasuk postage.

Kenapa agak mahal? Apa beza benang import dgn benang tempatan? Tak dinafikan harga mmg agak tinggi ini kerana semuanya dibuat dgn tangan/handmade. Anda bayangkan dr sehelai benang yg dikait sehingga menjadi sebuah produk. 

Benang tempatan yg sy gunakan adalah jenama Nona. Material nya arcylic . Manakala benang import pula sy biasa beli yg materialnya arcylic   jg tp khas utk baby dan jg milk cottton. Benang import semestinya lebih lembut dan benangnya mmg khas utk baby. Walaupon material arcylic tp jenis yg lembut sgt. Dan harga lebih mahal dr benang tempatan.

2) Baby x panas ke?
Panas tak panas tu bergantung kpd cuaca jg. Sama jg mcm baby tu kalau dibedung kain pon akan panas jg kan. Terpulang kpd ibu2 la baby tu mesti nak selesa kan.

3) Sampai umur brp baby blh duk dlm tu?
Ini antara soalan yg paling banyak sy dapat. Terpulang kpd anda nak letak baby dalam tu sampai umur brp? Biasanya dalam waktu pantang tu ok lah tp bila dh lepas 3 bulan tu of course baby pon dh makin bsr dan dah x selesa nak dibedung kan. 

4) Baby x gatal ke?
Insyaallah x gatal. Sbb sy blom dpt feedback baby gatal kalu masuk dlm bedung ni. Material benang ni arcylic. Kalau nk yg betul2 khas utk baby boleh request benang import.

Ok itu saje yg blh dikongsi. Sebarang pertanyaan blh inbox saya di fb atau komen di sini atau whatsapp saya di 0129584321 . 

Ini testimoni  customer  saya. Baby ihsan dalam cocoon.





Khamis, 13 November 2014

Set baby panda

Baru2 ini seorang customer request nak set baby panda utk photoshoot newborn baby yg bakal lahir Disember ini insyaallah. Saya cuba buat mana yg termampu. Alhamdulillah dgn tunjuk ajar Mastila akhirnya berjaya. 

Set panda ni terdiri drpd earflap, diaper cover dan booties. Yg lain tu ok lah yg diaper cover tu mau berpeluh jugak hahahah. Tapi tak susah mana pon cuma mula2 tu nak blh nak agak saiz.




Bahagian belakang ada ekor cute hahahaha.

Khamis, 6 November 2014

Kasut baby kait dan headband

Asyik panggil booties je. Sekali sekala panggil kasut baby kait pon ok. Betul ke kasut baby kait? Atau kasut kait baby? Saya pon dh confuse hahaha.

Baru seorang customer request sepasang booties dan klip rambut wrna yellow mustard. Nasib baik  kedai benang yg saya biasa pegi tu ada kaler ni hehe. Cantik jg wrna mustard ni. 



Kemudian sorang customer ni nak set booties dgn headband wrna maroon pink. Kemudian nak 2 headband lg wrna oren dan purple. 



Headband tu letakkan butang supaya senang nak ejas dan boleh pakai lama. 

Utk makluman, sy stop ambik order brg kait utk sementara waktu. Mungkin smpai akhir tahun ni dan insyaallah   akn buka balik Februari 2015. Cadangnya saya nak siapkan order yg sedia ada dan berehat seketika. Lagipun hujung bulan ni sy ada ambik booth sempena pesta konvo di UMT. Tp bukan jual brg kait, sy jual makanan hahaha. 

Tp kalau nak order pon saya masih ambik cuma bulan February thn depan baru saya mula buat. Sy nk concentrate bisnes makanan dan nak siapkan projek kait utk diri sendiri pulak. Asyik tertangguh je huhu.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Berminat utk menempah? Boleh inbox saya di FB (klik fb di tepi blog) atau sms/whatsapp  012-9584321.

Khamis, 23 Oktober 2014

Set booties & headband

Assalamualaikum. . Lama nya blog ni terabai huhuhu. Sayabtak berhenti mengait cuma kekangan masa untuk update blog. Sekarang ni sy dh buat bisnes jual makanan pulak. Bertambahlah sibuknya. Tempahan mengait juga masih ada beberapa yang pending. Sekarang sdg dlm proses nak siapkan cocoon sebab ada customer tempah sblm 30hb ni.

Baru2 ni sblm Aidiladha seseorang telah menghubungi saya di FB. Dipendekkan cerita beliau ingin menempah set booties dan headband sebagaimana contoh yg telah saya buat. Dan beloau nak beli banyak sebab nak jual semula. Tapi set booties tu beliau nakkan benang import sebab tak banyak di pasaran lagipon beliau dh order set yg gunakan benang local (nona) drpd bbrp kwn saya jg.

Mulanya saya menolak kerana memang sy tak pernah buat jualan borong. Tapi Puan Idayu ini bersungguh mahukan jugak dan tak kisahkan berapa harga. Saya menolak kerana dah ada komitmen lain yg perlu disiapkan sblm raya haji tp beliau nak jg dan akhirnya saya mengalah. Akhirnya dptlah 5 pasang dlu. Harap2 beliau dapat jual semua ya.
.






Berminat utk tempahan dan belajar mengait sillanpb saya di fb, email marinahunny@gmail..com atau whatsapp di 0129584321.

Selasa, 12 Ogos 2014

Bear cocoon

Baby cocoon ni antara produk yg sering ditempah. Pattern yg paling laris adalah ladybird cocoon. Kadang2 jemu jugak buat benda yg sama tapi kehendak pelanggan adalah keutamaan saya.

Pelanggan yg satu ni dia bagi contoh cocoon dia mintak saya buatkan. Alhamdulillah jadi jugak. Cute sgt hahahaha masukbakulangkatsendiri hehehe.



Terima kasih kpd Sakinah yg order bear cocoon ni utk baby nya.

Berminat utk tempahan boleh inbox saya di FB atau email marinahunny@gmail.com atau whatsapp 0129584321

Isnin, 11 Ogos 2014

Kopiah kait raya 2014

Assalamualaikum. Lama sangat tak update kat blog. Lebih senang di fb sebenanrnya tp tak dinafikan saya juga banyak menerima tempahan dari blog.

Utk raya tahun ni saya dah start ambik tempahan  2 bulan sblm raya memandangkan bulan puasa nak concentrate memanik baju tapi tetap mengait jugak hehehe. Antara kopiah raya untuk tahun ni :-












Ada juga gambar atas order sebelum puasa. Belasah je lah campur2 hahha.

Berminat utk tempahan boleh inbox saya di FB atau email marinahunny@gmail.com atau whatsapp 0129584321

Ahad, 6 April 2014

Ballerina booties

Saya sedang mencuba pattern yg dibuat oleh Ery Da'knit. Alhamdulillah menjadi dan comel sgt ;)





Yg pink tu saje test utk anak sedara si Amani . Yg multicolor tu utk tempahan seorang kawan.

Biasanya booties ini ditempah bersama2 baby hat sekali. Harga satu set adalah RM 50. Berminat utk tempahan boleh email saya di marinahunny@gmail.com atau pm saja di fb. Blh klik kat kotak fb di  sidebar blog ini. Tq ;)

Sabtu, 5 April 2014

Pink stripes crochet bag

Assalamualaikum. Ini beberapa order terbaru yg telah disiapkan dan telah diterima oleh pelanggan.

Beg pink belang-belang ni antara yg mendapat sambutan. Saya pon suka sebab comel sgt hehhee.






Dua beg di atas bersaiz 8 inci x 6 inci. Harganya rm40 siap lining dan zip. 

Berminat utk tempahan boleh pm saya di fb atau email saya di marinahunny@gmail.com

Khamis, 13 Februari 2014

Table runner

Awal tahun ini semasa saya masih cuti daripada mengambil tempahan mengait saya sempat siapkan 2 projek utk diri sendiri. 2 table runner dengan pattern yg berlainan.




Pineapple pink table runner ni sebenanrnya projek terbengkalai jugak. Tapi masa saya berehat terasa nak siapkan jugak tak sabar nak tengok hasilnya. Pattern ini dari blog Walai Krusye. Terima kaih kpd Linda.




Ini pulak granny square table runner utk alas kabinet tv saya di tingkat atas. Saya dah lama berkenan dgn pattern granny square yg berwarna warni tp asyik tak sempat buat je. Sebenanrnya lebih cantik kiranya digabungkan dgn warna hitam instead of putih tapi saya kurang suka bekerja dgn benang warna hitam dan putih lebih ceria bagi saya. Finishing saya hanya gabungkan kelabu dan putih beberapa round dan gantungkan rambu di setiap sudut.

Berminat utk tempahan boleh tengok album crochet di FB saya an inbox sahaja di fb atau email marinahunny@gmail utk sebarang pertanyaan.