Ahad, 24 Jun 2012

Beg besar belang-belang

Beg besar belang-belang ni order dari ex-officemate saya mukhlis a.k.a wan a.k.a Damak Mus. Nak beg besar yg boleh muat file katanya. Hmmm mencabar jugak nak buat ni pasal tak penah  buat beg besar. Bagi org yang tak berapa terer mcm saya ni, ambik masa dekat sebulan jugak nak siap hahahaha. Sebulan tu sebab tak kait hari-hari. Satu lagi sebab semua guna single crochet kan so lambaaaaaaat yang amat.

Lepas siap cantum beg sy bajet seminggu utk jahit lining, hahha gile kau seminggu. Sebab tak reti katanya. Tapi dah jumpa satu blog yg ajar lining step by step nih. Credit to Carriwolf's blog.

Malam tadi sy jahit zip, pastu sambung potong kain utk lining beg. Sambil tu sambil teman PB tengok Euro hehehe, Sudahnya kul 5 pagi baru tdo hahahaha. bangun semula kul 6.30 gerak PB siap2 gi keja, pas dia gi keja tido balik and guess what kul 12 bangun hahahaha. Ok, kau takde anak lagi boleh lah suka ati nak bangun kul berapa kan hahahaha.

Wah pjg plak bebel, ok layan beg besar ni.


beg ni saiz 15" height x 10" width x 2" gusset. 


boleh muat sebijik file ni.


lining beg. Senang je rupanya hmmm xpe lah dah tau ni berani lah nak ambik tempahan beg hehehehe. Kain lining kali ni saya beli yg mahal skit RM7/ meter. Mahal ke murah? tapi mmg bagus la kain tak nipis, agak tebal jugak dan jenis tak pecah.


Ni bahagian belakang. Tali adalah panjang okeh, Wan request nak pjg sampai peha, since dia ni tinggi mcm galah hahahaha. Tali tu dia nak 37" tapi saya kurangkan 3" sebab nanti tali ni akan meregang kan so dapatlah panjang yang dia nak tu.

Wah leganya dah siap beg ni. fuhhh lepas ni start buat beg kak emi plak. Saiz A4, besar jugak tu. Happy crocheting !



Khamis, 14 Jun 2012

Benang baru :)

Beli benang lagi !! sebenanrnya nk puasa jg beli benang ni tapi kaler benang yg customer nak dah abis so kena beli baru le. Saya ada beli benang import dgn Ayza dari Turki dgn postage hanya RM 10 tapi akan sampai pertengahan July nanti. Postage murah tu bukan apa sebab Ayza nk hantar barang 1 kargo ke Malaysia so kos postage hanya dr Malaysia la bukan dari Turki. Heee sukaaaaa !


Kaler ni coklat saya tak pernah beli lg tapi beli sebab customer nak beg kaler coklat. Purple dan hijau lumut tu ada tp seketul je saje beli tp brand minlon. Yg biru ni kira wajib ada, stok biru saya dulu adalah dr Sakura tp dh tggal seketul je. Semua ni kawan crochet JK1M Lia yg tolong belikan. Dia duk Puchong so ni beli kat Sek 18 katanya.


Ni plak love order dari Sarah, belakang semua taruk pin. 


Ni plak utk adik bongsu saya dah lama mintak sy buatkan. Takyah letak bunga la psl budak laki hahahaha.


Selasa, 12 Jun 2012

100 pcs flower

Assalamualaikum hai selamat pagi. Ececece mcm dj radio plak hahaha. Sunyi sepi je blog ni jarang update, bukan apa sibuk nk siapkan projek besar tu so nak updatepun xde modal.

Ni ada order adik ipar ex-officemate saya Ajak yg order 100 pcs bunga. Dia nak bunga saja. Ni curi-curi masa kait  beg tu. Bosan buat beg kait bunga plak. So malam tadi hantar sbb katanya nak pos ke Johor ari ni.


Rosmaliza order 25 pcs bunga 5 kelopak 1 kaler, 25 pcs bunga bintang dan 50 pc bunga 5 kelopak 2 kaler. Saya sengaja biarkan lebihan benang tu sebab nanti bila dia nak guna dia boleh potong pendek dan kemaskan.

Ok lega dah siap hahahaha.

Khamis, 7 Jun 2012

Projek besaaaaar

Hahaha besar lah sangat. Tapi ni kira antara tempahan yg paling besar yg pernah saya buat.


Baru 40% siap. Dah siap sepenuhnya baru post lagi kat sini hehehe.

Ahad, 3 Jun 2012

Kopiah nama

Lama tak update blog weehh. Sebenanrnya agak sibuk sebab nak siapkan tempahan. Saya ingat nak selesai semua tempahan dlm bulan Jun ni sebelum buka order utk tempahan raya. harap-harap berjaya. saya ingat nak buat stok skit sempena bulan puasa nanti tapi tengok keadaan sempat ke tak.

Ni sebenarnya tempahan kopiah officemate PB. Rupanya bersaudara plak. Hehehe kecik je dunia ni. Kopiah ni nak pakai raya nanti tapi dia mintak buat dulu. Saiz kepala baby 16.5 inci tapi dia miintak saya buat 17 inci. Alhamdulillah muat dan sempat lah raya nanti.



Kopiah untuk Rizqi dan Amsyar. Ini 1st time buat. Entry yg sebelum ni saya testing dulu. Hehehe takut tak jadi. Nak buh nama ni senang je rupanya. Ni saya belajar dari amani. Klik kat sini utk cara-cara mengait nama pada kopiah.

Suka sangat dah boleh buat kopiah ada nama. Ramai yg tanya tapi saya tak berani. tapi ni dah boleh buat nanti boleh bukak order hehehehehehe.