Ahad, 6 April 2014

Ballerina booties

Saya sedang mencuba pattern yg dibuat oleh Ery Da'knit. Alhamdulillah menjadi dan comel sgt ;)





Yg pink tu saje test utk anak sedara si Amani . Yg multicolor tu utk tempahan seorang kawan.

Biasanya booties ini ditempah bersama2 baby hat sekali. Harga satu set adalah RM 50. Berminat utk tempahan boleh email saya di marinahunny@gmail.com atau pm saja di fb. Blh klik kat kotak fb di  sidebar blog ini. Tq ;)

Sabtu, 5 April 2014

Pink stripes crochet bag

Assalamualaikum. Ini beberapa order terbaru yg telah disiapkan dan telah diterima oleh pelanggan.

Beg pink belang-belang ni antara yg mendapat sambutan. Saya pon suka sebab comel sgt hehhee.






Dua beg di atas bersaiz 8 inci x 6 inci. Harganya rm40 siap lining dan zip. 

Berminat utk tempahan boleh pm saya di fb atau email saya di marinahunny@gmail.com

Khamis, 13 Februari 2014

Table runner

Awal tahun ini semasa saya masih cuti daripada mengambil tempahan mengait saya sempat siapkan 2 projek utk diri sendiri. 2 table runner dengan pattern yg berlainan.




Pineapple pink table runner ni sebenanrnya projek terbengkalai jugak. Tapi masa saya berehat terasa nak siapkan jugak tak sabar nak tengok hasilnya. Pattern ini dari blog Walai Krusye. Terima kaih kpd Linda.




Ini pulak granny square table runner utk alas kabinet tv saya di tingkat atas. Saya dah lama berkenan dgn pattern granny square yg berwarna warni tp asyik tak sempat buat je. Sebenanrnya lebih cantik kiranya digabungkan dgn warna hitam instead of putih tapi saya kurang suka bekerja dgn benang warna hitam dan putih lebih ceria bagi saya. Finishing saya hanya gabungkan kelabu dan putih beberapa round dan gantungkan rambu di setiap sudut.

Berminat utk tempahan boleh tengok album crochet di FB saya an inbox sahaja di fb atau email marinahunny@gmail utk sebarang pertanyaan.

Jumaat, 20 September 2013

Booties, beanie, headband

Tak tau nak letak tajuk hahahaha. Layan gambar je hihihi.

Ada tempahan yg masa bulan puasa aritu. Ada juga yg baru siap.







Sebarang tempahan boleh pm saya kat FB terima kasih :)

Khamis, 19 September 2013

Kopiah oh kopiah

Ini adalah tempahan kopiah semasa bulan puasa aritu. Yg sempat dibuat hahaha sebab bbrp hari sblm raya saya mengalami bengkak sendi dekat ibu jari. Mula2 tu boleh kait lg slow tp lama kelamaan makin berdenyut maka terpaksa cancel mana yg belum buat lagi. Susah hati jugak nak cancel ni sebab org dah order kan cuma nasib baik saya tak ambik deposit lagi. Sekarang ni dah start mengait semula dan sambung balik tempahan yg cancel masa raya aritu.



















Sekarang ni dah start mengait semula. Semoga saya lebih rajin dan lebih laju mengait hahahaha


Selasa, 21 Mei 2013

Dark pink

Satu set headband and booties dgn kaler dark pink.




Happy crocheting :)


Isnin, 20 Mei 2013

Koleksi baby cocoon

Nampaknya baby cocoon ni mendapat sambutan yg menggalakkan. Alhamdulillah. Masih berbaki 1 set lagi. Ini saya uploadkan bbrp baby cocoon yg dah siap dan yg telah selamat sampai ke tangan pelanggan :)


Yg ni nak mcm ladybird. Sama mcm yg saya pernah buat dulu. Tema ladybird ni lah yg paling laris :)




Comelnye baby Wirdayuni :)


Ni order dr Marietta Young nak sekali dgn booties :)

Yg bawah ni plak order dari Kak Shahzatul Farida :) . Order 2 set sekaligus :)




Terima kasih kepada semua yg telah menempah. Bagi yg masih dlm list sabary ye laling, insyaallah
 nanti siap :)

Happy crocheting :)