Rabu, 12 Disember 2012

Beg mekap Fiza

Ni beg mekap order cik adik manis Fiza. Nak warna purple dgn biru turqoise. Patternnya main reka je belang-belang pastu letak nama dia.




Lining warna coklat huhuhu. Lining purple dah habis hehehhee. Belum p kedai kain lagi :p

Sabtu ni kita jumpa ye fiza :D


Sabtu, 8 Disember 2012

Hadiah si kembar :)

Jiran depan rumah (sebenarnya bukan depan betul tapi belah kanan rumah depan saya, paham tak? hahaha) baru dapat cucu sulung. Anak pompuan dia dah 12 hari bersalin kembar perempuan. Alaaaa bestnyeeeeee nak satu lah aci tak? hahahaha. Tak sempat nak beli hadiah kita buat headband je lah pastu selit duit skit hehehehe.


headband tu guna Nako Baby Lolipop, bunga nya saya guna Nona sahaja. mulanya nak buat sepasang dgn booties tap tak sempat plak. 

Tadi tengah browse pictures ternampak gambar anak kawan yang pakai kopiah yang ayahnya tempah ari tu.


3 beradik yg comels :D


Rabu, 5 Disember 2012

Purple bags

Assalamualaikum...... Lama sangat tak update. Ari tu stop mengait jap sebab duk jahit manik. Pastu gilir-gilir lah kejap jahit manik, pastu crochet pulak.

Ok ini 2 biji beg purple yang ditempah oleh kawan-kawan di Pej Perikanan . Enjoy!


Sebiji pouch utk phone and coins dan sebijik lagi makeup bag.

makeup bag ni mempunyai tapak 4"


Ini pulak 2 compartments pouch untuk letak phone dan coins ke hape ke senang kan kalu  nk kuar lunch ke apa hanya bawak beg ni je.

Happy crocheting!

Selasa, 6 November 2012

Update!

Lama saya tak update kat sini. Blog satu lagi pun sama, bukan apa photobucket buat hal tak leh upload gambar adusss.. Apapun ni hasil crochet seminggu dua ni.

Sekarang ni tgh work in progress shawltapi terpaksa stop sebab tak cukup benang! Adoyai ingat dah cukup dua ketul sebab besar rupanya tak cukup sebab shawl tu memang besar. so benang kena tunggu end of Nov baru ada stok hmmm Kak Emi harap bersabar ye :D


Ni kopiah 3 beranak order dari kakak ipar saya. Ni guna benang unicorn beli dgn Juliana Yap.



Stokin utk Along sepupu saya.


Baby beanie utk Nurin, adik Along.


Beg mekap order dr Gee.

Happy crocheting :D

Selasa, 23 Oktober 2012

Bag and newborn set

Dah lama siap ni tapi baru nak update. Oh yg lama siap tu newborn set ni. Order dari kawan kepada kawan hahaha.



Ni lak beg mekap kawan saya. Nak ada nama. Puas jugak mikir camne ye hehehe. Tapi ala2 mcm kait nama untuk kopiah la.



Happy working :D

Jumaat, 12 Oktober 2012

Aidid Umran

Lama tak post hasil crochet. Ada bukan takde. Aktiviti mengcrochet tetap berjalan seperti biasa, maklumlah surirumah yg takde anak lagi ni nak buat apa lagi kalu tak mengait kan. Bosan plak nanti. Minggu ni ada appointment dengan O&G. Harap-harap berjaya.

Ok, ni kopiah order dr my long lost bff. Kawan baik saya masa zaman sekolah rendah. Jumpa balik setelah 15 tahun lost contact. Nasib baik ada Facebook hahahaha.




Warna adalah seperti yang di request.

Ini plak headband dan cekak order dari Kak Emi, my loyal customer untuk bagi hadiah kat kawan katanya.


Background lain hehehehe, masa ni nak cepat sebenarnya.

Ok bertungkus lumus nak siapkan order b4 raya haji pulak. Lepas raya 2 projek besar sedang menanti :D

Rabu, 3 Oktober 2012

Hijau pink

Ni order dari kawan sayaDiha. Nak pencil case kaler hijau+pink. Patutnya lepas raya haji saya buat tapi sebab alang-alang nak hantar barang CikLi kawan satu pejabat Diha, saya buatkan sekali lah Diha punya.




Wrna hijau tu guna benang import apa nama ntah merino kut lama dah beli tinggal seketul je. Best sangat, lembut je. Lining kaler purple, kira aci lah ek :P


Ni handphone pouch cikli. 2 lapis sebenanrnya ni utk muat 2 biji telefon :D

Perasan tak saya letak watermark. Ni watermark utk  blog satu lagi, sementara nak buat yg baru kita guna yg ni dulu. Malas sbnrnya nak letak watermark ni tp risau jugak kan takut orang ambik gambar kita.