Jumaat, 25 Mei 2012

Work in progress


Khamis, 24 Mei 2012

Stok untuk kedai

Sebbenarnya opismate PB yg mintak saya buatkan barang-barang crochet ni utk letak kat kedai dia. Dia ada kedai jual barang2 baby. Setakat ni saya buat sikit dulu, bagi dulu kat dia pastu buat lagi.

Utk 1st batch, ini je yg saya buat. next  batch tambah lagi kuantiti nye.

headband


Baby hat. Saya lambat la kalu mengait baby hat ni, sbb confuse dekat tapak atas tu nak agak size kan, mulalah 2,3 kali tarik benang ahahaha.


Pacifier clips ni dicadangkan oleh Syida sendiri. Dia tengok kat mana ntah memang comel lah. Dia bagi saya pacifier tu pastu saya buat kan tali dan cari klip. Masalahnya nak mencari klip tu adoyaiii, ari tu tengok anak Farah guna pacifier clip ni, saya tanya dia beli mana dan harga. Harganya dia bgtau RM26. Mak aiiii mahai nk mam hahahaha. Cari punya cari tak jumpa, last2 ingt nk guna pin keronsang je tp mcm bahaya takut terbuka kena baby plak.

Pastu ari tu gi Kuantan, jalan2 kat ECM kalu x silap, jumpa kedai buku yg agak tersorok. Saya memang pantang nampak kedai buku, niatnya nk carik lah novel yg best2 barang seketul dua. round punya round terjumpa la klip kertas yg comel-comel  nih, dan harga pun murah je. Terus sambar banyak2 hahaha padahal puting syida bagi 5 je. Ok lah sesuai jugak kan.


Headband ni asalnya saya buat utk hadiah kat kwn saya tapi tak tau bila nak gi, so  mlm td ada yg tanya ada stok lg tak headband tu? Dia nak ari ni dan kebetulan ada yg ni saya tunjuk dan dia terus setuju.

Misi seterusnya ada lah mencari tali cotton cord mcm Walai Krusye buat beg tu. Dh pegi satu kedai tadi dia kata xde, nk round kedai lain sesak plak jalan, parking pun hazab yg amat. So next time lah.

Ahad, 20 Mei 2012

Hadiah

Ni beberapa ketul barang kait ni sebenarnya saya nak bagi hadiah kat seseorang. Hmmmm sape ye hehehehe. Tengah gile kait bunga rose comel nih. Comel sgt kalu wat keronsang.

 cekak bunga rose, sepasang keronsang dan 2 pasang klip rambut



Comel tak comel tak? hehehehe


New hook :)

Lama tak shopping  barang kait lain selain benang hahaha. Ala shopping jarum je. Ni saya beli dengan Pinky Pinkle Shop kat FB dia. Masa beli ni ada offer RM30/set compare harga asal RM34/set.

Baru je sampai ni, jenuh duk tunggu posmen mai hahahhaa.


cea cea ceay comel je hehehehehe.

Ada saiz 4.0mm, 4.5mm, 5.0mm, 6.0mm, 7.0 mm. Nak  buat apa ye guna hook saiz besar ni? hmmm nanti lah kita pikir ye hahahaha. lagipun buleh wat koleksi hehehe.

Khamis, 17 Mei 2012

UK vs US crochet abbreviation

Biasanya kita crocheters di Malaysia banyak guna term in US. Tapi banyak jugak pattern dari UK. Salah satu blog dari UK yg saya suka sangat adalah Attic 24. Mula-mula dulu keliru juga tapi cari punya cari rupanya US dan UK berbeza.

Baru ni dia adalah letak pattern bunga rose. Nak tak nak kena gugel dulu kang keliru hehehehe. Crochet abbreviation ni saya dapat dari blog Siona Karen. Credit to her.
Kena hapal nih hehehe.

Rabu, 16 Mei 2012

Love and rose

Saya suka kait bunga rose. Baru ni terjumpa pattern cute and simple rose dari blog Attic. Boleh klik je. Simple dan sekejap je buat nya.

Love plak dari blog PlanetJune. Thanks to her. Kamu patut cuba, senang je.




kecik saje rose ni.


Budak2 suka la love  ni hehehe

Selasa, 15 Mei 2012

100 pcs flower

Sebenarnya tak sampai 100 pun lagi. Ada 20 pcs lagi. Huhuhu rasa muak duk buat ni jd stop kejap selang seli buat projek lain. Saya akan pos 50 pcs utk Along esok, lagi 50 pcs utk Nabil dan Qayyum nak jual kat sekolah. Dah dapat pelanggan katanya. Kalu ikutkan malas jugak nak layan tapi sian jugak budak2 ni kan, tiap2 malam duk tanya bila nak siap.




 Ada yang dah masuk plastik. Yang belum masuk palstik tu sebab plastik dah abis, petang ni baru nak gi beli.


Puff flower, syok plak buat bunga ni hahahaha.


 Love love love, baki 20 saya buat love je kut, bosan dah kait bunga.