Sabtu, 17 Disember 2016

Tempahan ditutup sementara

Assalamualaikum wbt. Dukacita nya saya maklumkan, segala tempahan kait mengait ditutup buat sementara waktu. Bila nk bukak balik tu, wallahuallam. Tak boleh nak bagitau lagi.

Ini puncanya ;



Tumpuan beralih kepada budak kecik ni pulak 😂😁

Selasa, 12 April 2016

Beg kait telekung

Assalamualaikum  wbt. Baru-baru ini saya dpt tempahan 2 biji beg. 1 beg utk letak telekung dan satu slig bag. Bercinta juga nk siapkan 2 bijik bag tu. Tapi bila dah siap sayang pulak nak pos kat customer  hahahahah.



Sling bag ni sy guna pattern granny square. Design sunburst granny square. Banyak makan benang tp syok buat nye hahaha. Customer nak 1 color je dan ada nama dgn sebiji bunga pink. Bag ni full lining dgn inside pocket supaya lebih kukuh. Saiz beg ni  15"×12"×4" tapak. 





Ini pulak sling bag utk customer yg comel ni. Dia bagi contoh dan nak sebijik. Alhmamdulillah  dapatlah hampir sama. Bila customer puas hati kita pon suka kan.

Knitting scarf

Assalamualaikum  wbt. Sekejap tenggelam sekejap timbul hehehhe. Saya ada je cuma lebih banyak di FB.  Sekali sekala akan uoload di blog. Boleh jenguk fb saya : marina hunny.

Kali ni nak tayang  sehelai scarf yg saya buat dr tahun lepas. Asalnya plan buat scarf ni sbb nk p Beijing bulan Jan 2016 tp cancel  last minute. Kmudian duk pending x siapkan habis. So mlm td berjaya siapkan juga sbb nk p holiday jg ni. Esok akn fly ke Perth. Kalau tgk suhu skrg tgh autum mmg agak sejuk la utk org yg x tahan sejuk mcm saya ni hahaha. Xpela kita bawak je le nk merasa pakai hasil kaitan sendiri kan heheh.






Nama scarf ni waffle scarf. Ada nmpk mcm waffle kan heheheheh. Pattern asal dr blog nih  :
http://yarndreams.blogspot.my/p/malabrigo-waffles-scarf.html?m=1

Utk scarf sy ni saya tambah cast on supaya lebih lebar ikut material saya. Saya gunakan milk cotton color code Light Red. Beli dr cottonhousestore.com

Sape2 yg beginner utk knitting tu blh cuba pattern ni. Senang sgt terus hafal masa buat tu hehehe

Isnin, 14 Mac 2016

Kopiah kait bernama

Assalamualaikum wbt. Lama betul x update.

Baru2 ni sy diberitahu seorang kwn yg ada seseorang telah mengambil gambar produk saya dan dipaparkan di dlm fb sbg hasil tgn nya. Nak marah pon ada nk gelak pon ada. Dah terang2 ada watermark tp dikatakan order yg diperolehi dr cust sekian sekian nama. Rupanya org tua dia buat dropship tp x phm konsep. Saya malas  nk bertekak. Sy cuma bgtau supaya lain kali jgn buat mcm tu lg. Kalau dipikirkan sakit hati jg tp redha je lah. Rezeki Allah itu luas.

Ok la meh nak tayang order2 kopiah semenjak dua menjak ni.








Semua kopiah adalah pre order ye. Mcm biasa untuk tempahan blh hubungi saya dibtalian +60129584321 blh whatsapp atau telegram ataupon DM di instagram saya : search - marinahunny.

Pre order utk raya saya dah buka. Sape 2 nak order boleh la cuci mata tgk  design mana yg berkenan ye kemudian blh pm saya.