Selasa, 23 Oktober 2012

Bag and newborn set

Dah lama siap ni tapi baru nak update. Oh yg lama siap tu newborn set ni. Order dari kawan kepada kawan hahaha.



Ni lak beg mekap kawan saya. Nak ada nama. Puas jugak mikir camne ye hehehe. Tapi ala2 mcm kait nama untuk kopiah la.



Happy working :D

Jumaat, 12 Oktober 2012

Aidid Umran

Lama tak post hasil crochet. Ada bukan takde. Aktiviti mengcrochet tetap berjalan seperti biasa, maklumlah surirumah yg takde anak lagi ni nak buat apa lagi kalu tak mengait kan. Bosan plak nanti. Minggu ni ada appointment dengan O&G. Harap-harap berjaya.

Ok, ni kopiah order dr my long lost bff. Kawan baik saya masa zaman sekolah rendah. Jumpa balik setelah 15 tahun lost contact. Nasib baik ada Facebook hahahaha.




Warna adalah seperti yang di request.

Ini plak headband dan cekak order dari Kak Emi, my loyal customer untuk bagi hadiah kat kawan katanya.


Background lain hehehehe, masa ni nak cepat sebenarnya.

Ok bertungkus lumus nak siapkan order b4 raya haji pulak. Lepas raya 2 projek besar sedang menanti :D

Rabu, 3 Oktober 2012

Hijau pink

Ni order dari kawan sayaDiha. Nak pencil case kaler hijau+pink. Patutnya lepas raya haji saya buat tapi sebab alang-alang nak hantar barang CikLi kawan satu pejabat Diha, saya buatkan sekali lah Diha punya.




Wrna hijau tu guna benang import apa nama ntah merino kut lama dah beli tinggal seketul je. Best sangat, lembut je. Lining kaler purple, kira aci lah ek :P


Ni handphone pouch cikli. 2 lapis sebenanrnya ni utk muat 2 biji telefon :D

Perasan tak saya letak watermark. Ni watermark utk  blog satu lagi, sementara nak buat yg baru kita guna yg ni dulu. Malas sbnrnya nak letak watermark ni tp risau jugak kan takut orang ambik gambar kita.