Rabu, 20 Mac 2013

Blue-pink

Pertama kali saya berpuas hati dapat kait baby booties. Selama ni bukan tak puas hati tapi rasa mcm tak kemas lah, tak kena itu dan ini macam-macam. Tadi jalan-jalan kat blog Kak Dinah, ada tutorial booties. Try buat alhamdulillah jadi. Saje buat sebagai percubaan.Terussaya buat headband dengan bunga 4 lapis utk di pasangkan dengan  booties.





Sebenarnya gabungan warna pink dan biru turqoise ini adalah kegemaran saya. Saya nampak comel sangat dan match. Bagi saya, pemilihan warna amat penting untuk bagi menjadikan produk kait itu sangat menarik.

Nampaknya kena practice banyak kali buat booties ni.

Happy crocheting uolls :D






Selasa, 19 Mac 2013

Busy bee

Kebelakangan ni saya agak sibuk travek ke sana ke sini. Minggu pertama bulan Feb pergi Singapore/Jb, minggu kedua ke Jb lg, minggu ke empat p Langkawi. Walaubagaimanapun crochet tetap berjalan cuma slow sikit kebetulan masa gi Langkawi tu tangan kiri saya sakit sbb sebelum tu seminggu mengait tk stop. Jadi peluang gi Langkawi saya ambik sebagai masa utk rehatkan tangan tapi tak lah hilang sangat cuma lega la skit.

Ini antara projek/order yg berjaya disiapkan.



Ni beg mekap yg diorder oleh Kak Anis Perikanan. Hari tu dah buat tapi silap pattern so saya buat yg lain.



Tempahan cekak bunga ros dari kawan sekolah saya. 


 Cekak ni plak kwn masa diploma order utk anak dia nak pakai p sekolah. tak boleh kaler lain selain putih, hitam atau blue black so daun pun kena tukar kaler jugak lah xleh kaler hijau hihihi.


Baby beanie utk baby mia pakai sebab dah botak hihihihi


Happy crocheting uolls :)

Isnin, 18 Mac 2013

Baby Mia wearing headband and booties

Babu Mia ni anak my new bff. Comel sgt mia mcm mak dia. Eh ayah dia pon comel jugak hihihi



Headband and booties made from baby yarns from ICE